• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Norza Hormati Keputusan Lee Chong Wei

oleh Ahmad Albab
01/12/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria akur dan menghormati keputusan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei untuk berehat seketika selepas aksi pusingan akhir siri super di Dubai, Disember ini.

Mohamad Norza berkata Chong Wei mempunyai jadual yang tersendiri berpandukan kepada kejohanan-kejohanan pilihan yang ingin beliau sertai dan BAM sendiri telah bersetuju terhadap perkara berkenaan.

“Chong Wei beritahu memang dia nak berehat tetapi berehat dari segi kejohanan-kejohanan penting namun kejohanan sedia ada seperti Piala Thomas, Sukan Komanwel dan Sukan Asia itu memang kita sudah cadangkan beliau untuk mengetuainya.

“Saya menghormati keinginan Chong Wei untuk berehat selepas pusingan akhir siri super di Dubai yang ingin meluangkan masa bersama keluarga,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran liga badminton remaja AirAsia-BAM peringkat negeri Selangor di sini, hari ini.

Chong Wei yang menamatkan penantian selama lapan bulan tanpa kejuaraan dengan menjuarai Terbuka Hong Kong minggu lepas, mengambil keputusan untuk berehat panjang bagi meluangkan masa bersama keluarga sebelum fokus dengan kejohanan besar pada tahun depan iaitu Seluruh England pada Mac.

Sementara itu, Mohamad Norza menjelaskan BAM akan menampilkan skuad terbaik bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Thomas yang bermula pada Februari depan di Alor Setar, Kedah.

“Saya menjangkakan Chong Wei akan mengetuai pasukan bagi menghadapi pusingan kelayakan dan pusingan akhir Piala Thomas manakala senarai pemain yang lengkap akan diketahui Januari nanti,” katanya.

Pusingan akhir Piala Thomas dijadual berlangsung pada 20 hingga 27 Mei 2018 di Bangkok, Thailand. – BERNAMA

Tags: Chong WeiDatuk Seri Mohamad Norza Zakaria
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nak Lontar Kata Kesat, Itu Hak Mereka – Aedy Ashraf

Next Post

Trio Negara Raih Gangsa Di Kejohanan Asia

Related Posts

SOP Pemilihan Atlet Kategori B Diumumkan Pada Januari

18/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menegaskan pemilihan atlet kategori B ke Sukan SEA ke-30 Manila akan lebih ketat...

Berat Badan Chong Wei Susut Hampir 5 Kilogram

12/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata beliau amat gembira untuk melihat keadaan...

Next Post

Trio Negara Raih Gangsa Di Kejohanan Asia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd