• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nestle Lancar Hab Perolehan Global Di M’sia

oleh AK-47
23/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pengeluar makanan dan minuman yang terbesar, Nestlé S.A, menyasarkan untuk mendapatkan bahan dan perkhidmatan yang diperlukan bagi membekalkan keperluan lebih 100 buah negara di seluruh dunia melalui hab perolehannya seluas 23,000 kaki persegi di Malaysia.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Operasinya, Dr Magdi Batato berkata sebagai pasaran Asia utama, Malaysia dipilih untuk menempatkan satu daripada tiga hab perolehan global kumpulan itu, dikenali sebagai Nestrade.

“Hab baharu ini akan menyediakan kumpulan Nestlé dengan sokongan perolehan strategik yang dipertingkatkan, memberi penyelesaian yang inovatif dan berdaya saing untuk membantu memacu pertumbuhan yang mampan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran hab tersebut oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan di Taman Tun Dr Ismail di sini hari ini.

Batato berkata kumpulan mahir yang terdiri daripada 130 orang telah memulakan tugas di hab tersebut untuk menyelia dan menjalankan aktiviti perolehan bagi pasaran Nestlé.

“Berdasarkan rekod kejayaan yang telah terbukti di negara ini, ia (Malaysia) merupakan negara yang ideal bagi hab ini dengan semua elemen yang sesuai bagi membolehkan kami merealisasikan visi kami untuk melaksanakan perolehan bagi Nestlé,” katanya.

Sementara itu, Ketua Hab Perolehan Nestrade Malaysia Rahul Vashistha berkata hab tersebut merupakan sebahagian daripada visi 2020 perolehan kumpulan itu, menyasarkan untuk meningkatkan pewujudan nilai bagi perniagaan Nestlé.

“Ia akan membantu kami untuk memberikan nilai yang mampan dengan menumpukan kepada kecekapan, kualiti, keselamatan dan ketersediaan dalam semua aktiviti,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Ong berkata penubuhan hab tersebut tepat pada masanya dan cerminan yang baik kepada potensi negara sebagai destinasi pelaburan.

“Dengan infrastruktur kita yang baik, kumpulan tenaga kerja mahir dan pakatan perdagangan yang strategik selain lokasi utama kita di tengah-tengah ASEAN, Malaysia berada pada kedudukan yang baik sebagai destinasi yang menarik bagi perniagaan.

“Kerajaan komited untuk memudahkan syarikat menangani cabaran termasuk mengenal pasti pekerja mahir dan menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif,” katanya.

Ong turut menegaskan penggiat industri perlu memanfaatkan sepenuhnya sokongan kerajaan untuk mengubah perniagaan mereka. – BERNAMA

Tags: Nestle
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nestle Syarikat Pertama Di Malaysia Guna Straw Kertas

23/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Nestle (Malaysia) Bhd. akan memulakan penggunaan penyedut minuman (straw) kertas yang disertakan bersama pek minuman Milo UHT...

SDP, Nestle Wujud Talian Bantuan Pekerja Ladang

08/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Sime Darby Plantation Berhad (SDP) dan Nestle hari ini mengumumkan kerjasama untuk menyediakan satu talian bantuan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd