• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib, Jack Ma Lancar Rasmi DFTZ Malaysia

oleh AK-47
04/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengasas/ Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, Jack Ma melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) Malaysia dengan penyertaan 1,972 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sedia eksport.

DFTZ yang pertama di dunia itu merupakan komponen penting dalam memacu ekonomi digital Malaysia, memudahkan PKS memanfaatkan penumpuan pertumbuhan eksponen ekonomi Internet dan perdagangan rentas sempadan.

“PKS mempunyai kuasa untuk mengubah ekonomi. Mereka bercita-cita tinggi, aktif dan mempunyai potensi untuk mencipta pekerjaan bernilai tinggi.

“Mereka mempunyai kuasa untuk menggerakkan Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi,” kata Najib selepas merasmikan majlis pecah tanah Taman DFTZ KLIA Aeropolis, bersama-sama Ma di sini hari ini.

Taman DFTZ KLIA Aeropolis akan mengoptimumkan pengendalian dan pelepasan sempadan kepada tiga jam daripada enam jam sekarang ini, dengan 90 peratus Perjanjian Paras Khidmat (SLA) dan menambah baik Operasi Terminal Kargo (CTO) daripada empat jam kepada 90 minit.

Pelancaran Taman DFTZ KLIA Aeropolis itu merupakan hab e-penunaian pertama Alibaba di luar China.

Ia dijangka menggandakan pertumbuhan jumlah kargo udara Malaysia daripada 700,000 tan setahun sekarang ini kepada 1.3 juta tan setahun dalam tempoh 10 tahun.

Ma, ahli perniagaan terkemuka China, berkata beliau percaya kerjasama itu adalah permulaan perkongsian strategik yang panjang antara kedua-dua negara.

“Alibaba Group tentu sekali merancang untuk kekal dan memperkukuhkan kehadiran kami di sini,” katanya.

Hab e-penunaian dilengkapi dengan teknologi terkini, termasuk kemudahan pengasingan, rak dan kutipan, unit perindustrian yang membolehkan pembaikan dan pemasangan kecil sebelum penghantaran barangan, pemeriksaan kastam dan kawasan kuarantin serta kemudahan khusus kategori seperti menjaga keselamatan, simpanan terkawal suhu dan kemudahan lain. — BERNAMA

Tags: Jack Ma
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jenazah Pendaki Dijangka Tiba Di KLIA Sabtu

Next Post

Agong Terima Menghadap Putera Charles & Camilla

Related Posts

Jack Ma Hilang?

04/01/2021
0

BILIONAIR China dan Pengasas Alibaba Group Jack Ma dipercayai hilang selepas gagal memunculkan diri semasa episod akhir talent show Jack...

AS Akan Lebih Terkesan Dalam Perang Perdagangan

10/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Perang perdagangan membabitkan dua kuasa ekonomi dunia ketika ini dilihat bakal memberi kesan lebih buruk kepada Amerika...

Next Post

Agong Terima Menghadap Putera Charles & Camilla

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd