• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIP Akan Tanam Lebih 700 Pokok

oleh Ahmad Albab
16/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Dalam usaha untuk mempromosi persekitaran yang lebih hijau, sejumlah 720 anak pokok akan ditanam serentak di empat kawasan awam di dalam negara Sabtu ini.

Empat kawasan itu ialah di Putrajaya; Nilai, Negeri Sembilan; Kuala Terengganu, Terengganu dan Kulai, Johor.

Presiden Institut Perancang Malaysia (MIP), Ihsan Zainal Mokhtar berkata pokok-pokok itu akan ditanam semasa program “Pledge and Plant A Tree” sebagai sebahagian daripada aktiviti Festival Bulan Perancangan Nasional 2017 bersempena Hari Perancangan Bandar Sedunia 2017.

“Program ini bertujuan untuk membawa organisasi, masyarakat dan individu bersama-sama dalam menghijaukan taman di bandar dengan lebih banyak pokok untuk keselesaan dan teduhan yang lebih baik selain daripada mengurangkan pelepasan karbon, katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini hari ini.

Ihsan berharap program ini akan dapat meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penglibatan orang ramai dalam memulihara kelestarian alam sekitar.

Program tahunan MIP itu adalah dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Majlis Perbandaran Nilai dan Majlis Perbandaran Kulai.

MIP telah menanam hampir 3,000 pokok di lokasi berlainan yang menyerap hampir 50,000 kilogram karbon setahun sejak penganjuran program ini pada 2008.

“Usaha ke arah penanaman pokok tidak seharusnya dipandang ringan kerana orang ramai perlu tahu betapa pentingnya pokok dalam melindungi alam sekitar dan mengurangkan kesan perubahan iklim, “ katanya. – BERNAMA

Tags: pokokTeknologi Hijau
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

4 Sekeluarga Terselamat Kenderaan Dihempap Pokok

4 Sekeluarga Terselamat Kenderaan Dihempap Pokok

12/01/2025
0

KLUANG : Empat sekeluarga nyaris maut apabila Perodua Alza dinaiki dihempap sebatang pokok yang tumbang semasa hujan di kilometer 48.5...

Pulang Beli Juadah, Lelaki Terkejut Rumah Dihempap Pokok

Pulang Beli Juadah, Lelaki Terkejut Rumah Dihempap Pokok

30/03/2023
0

SIK - Seorang lelaki yang baru pulang daripada membeli juadah berbuka, terkejut melihat rumah yang didiaminya sejak kecil dihempap pokok...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd