• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minyak Masak Tanpa Lesen Jualan Sah Dirampas

oleh Ahmad Albab
05/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Lahad Datu merampas hampir 2,000 kilogram minyak masak hasil serbuan ke atas sebuah premis di sini, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK daerah, Rino Hisham Abu Bakar berkata, premis itu telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana menjalankan urus niaga barang kawalan berjadual minyak masak tanpa lesen sah.

Beliau mengetuai sendiri operasi tiga jam bermula 11.30 pagi itu bersama enam anggota penguat kuasa KPDNKK daerah.

“Hasil serbuan ke atas premis itu, KPDNKK Lahad Datu merampas minyak masak botol masing-masing seberat dua, lima dan 17 kilogram.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, dan jika sabit kesalahan, pemilik premis boleh didenda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rino Hisham mengingatkan para peruncit atau pemborong yang ingin menjalankan perniagaan barangan kawalan agar mendapatkan terlebih dahulu lesen berkaitan menerusi laman sesawang http://www.bless.gov.my/bless bagi mengelak mereka dikenakan tindakan sama. – BERNAMA

Tags: KPDNKKMinyak Masak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penyokong JDT Mulakan Perjalanan Ke Shah Alam

Next Post

DFTZ: Mercu Tanda Baharu Kejayaan Malaysia

Related Posts

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

17/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum merancang untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad kepada rakyat setakat...

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

26/10/2024
0

TUMPAT : Pemandu sebuah kereta disyaki penyeludup lari meninggalkan kenderaan membawa muatan 850 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi untuk mengelak...

Next Post

DFTZ: Mercu Tanda Baharu Kejayaan Malaysia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd