• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesej Cinta Rodriguez Kepada Ronaldo

oleh Ahmad Albab
03/11/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA sebelum ini Cristiano Ronaldo dan kekasihnya, Georgina Rodriguez mengambil pendekatan kunci mulut mengenai hubungan mereka tapi sejak kebelakangan ini pasangan itu lebih terbuka bercerita kisah cinta mereka.

Rodriguez yang bakal melahirkan bayi pertama mereka hujung bulan ini menulis posting menyentuh hati mengenai cintanya terhadap pemain berusia 32 tahun itu.

“Hari yang istimewa! Mari kita meraikannya tanpa alkohol, sebaliknya dengan trofi yang anda menangi. Untuk semua usaha, dedikasi, pengorbanan dan masa latihan untuk menjadi antara yang terbaik.

“Bola sepak adalah kehidupan anda dan ia jelas digambarkan ketika di atas padang. Teruskan seperti itu, sentiasa berusaha dan saya akan berada di sisi anda, menyokong anda, memberikan kasih sayang, ketenangan dan apa sahaja anda perlukan apabila anda pulang ke rumah.

“Dalam masa gembira dan senang, kerana tiada cara lain. Kami sayang dan mengagumi anda, juara,” tulis model berusia 22 tahun itu.

Rodriguez kini dianggap sebagai ‘ibu tiri’ kepada tiga anak Ronaldo.

Pada musim panas lalu, Ronaldo mengalu-alukan kehadiran anak kembarnya, Eva dan Mateo Ronaldo yang dilahirkan menerusi kaedah ibu tumpang.

Dia turut mempunyai seorang anak lelaki sulung yang diberi nama Cristiano Ronaldo Jr, 7.

Pada minggu lalu, pasangan kekasih itu bersama tiga anak mereka berkongsi nama bayi perempuan yang bakal dilahirkan dengan pengikutnya di Instagram.

Ronaldo dan Rodriguez sepakat menamakan bayi tersebut sebagai Alana Martina. – mStar Online

Tags: Cristiano Ronaldo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

03/05/2023
0

RIYADH – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan dilaporkan bakal kembali ke Real...

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

10/03/2023
0

LONDON: Cristiano Ronaldo sekali lagi menunjukkan keprihatinannya apabila menghantar pesawat khas penuh dengan muatan barangan penjagaan diri dan perubatan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd