• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Kaji Guna Insinerator Sesuai Atasi Masalah Sampah

oleh Ahmad Albab
29/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka sedang mengkaji jenis insinerator yang sesuai digunakan bagi mengatasi masalah sampah di negeri ini.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka Datuk Ismail Othman berkata kajian dari segi teknikal masih dilakukan bagi memastikan supaya insinerator yang bakal digunakan nanti bersesuaian untuk menampung sisa pepejal di negeri ini.

“Kebanyakan daripada sampah yang dihasilkan adalah dalam bentuk lembap, jadi perlu pilih jenis insinerator dan bahan api yang paling sesuai,” katanya ketika ditemui pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau berkata kos bagi membina insinerator berkenaan dianggarkan bernilai kira-kira RM1 bilion sebuah.

Menurut beliau insinerator itu akan dibina bersebelahan dengan Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang sedia ada bagi memudahkan kerja-kerja pemunggahan dan pemprosesan sampah.

​​​​​​​Terdahulu semsa persidangan DUN, ketika menjawab soalan tambahan Goh Leong San (Bebas-Duyong) yang ingin tahu mengenai keselamatan tapak pembinaan insinerator, Ismail berkata, isu tersebut tidak seharusnya berbangkit kerana di luar negara terdapat loji pelupusan sisa pepejal yang dibina berhampiran infrastruktur orang awam.

“Teknologi insinerator ini turut digunakan di Singapura bahkan telah dibina berhampiran kawasan tumpuan orang awam seperti hospital serta sekolah dan ternyata tiada masalah yang timbul,” katanya.

Beliau berkata pembinaan teknologi insinerator tersebut adalah mesra alam dengan mematuhi syarat kadar pelepasan gas yang ditetapkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan langkah itu mampu mengelakkan penduduk berhampiran daripada mengalami masalah kesihatan.

Katanya insinerator yang bakal dibina itu juga dapat menghasilkan tenaga boleh diperbaharui seperti elektrik yang mampu mengurangkan kebergantungan kepada sumber asli.

Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang yang mula beroperasi pada April 2015 menerima lebih 1,000 tan sampah sehari dan sepatutnya mampu bertahan dalam tempoh lima tahun, namun mencapai tahap kritikal pada April lepas. – BERNAMA

Tags: Datuk Ismail OthmanSampah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Warga Emas Cedera Dibelasah Perompak

Next Post

KPM Luluskan 11,606 Permohonan Guru Duka Lara

Related Posts

Isu Melayu Sampah: Jangan Jadi Dalang Cetus Kontroversi

19/06/2019
0

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak pengurusan kilang dan industri di negara ini menjaga sensitiviti kaum. Naib...

“Apa Kata Zuraida? Ampang Jaya Kawasan Sampah”

21/05/2019
0

1. Negara kita, Malaysia sudah terkenal di seluruh dunia pada tahun 2018 sebagai pengimport sampah dan sisa plastik yang terbesar...

Next Post

KPM Luluskan 11,606 Permohonan Guru Duka Lara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd