• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MBSB Sedia RM247j Projek Ladang Solar

oleh AK-47
28/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia Building Society Bhd (MBSB) akan menyediakan RM247 juta untuk membiayai sebahagian daripada kos kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian projek ladang solar Suria (Seremban) Sdn Bhd.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman, berkata dana itu adalah daripada Kemudahan Pembiayaan Islam yang terdiri daripada RM19 juta jaminan prestasi-i di bawah konsep Kafalah dan RM228 juta, pembiayaan terma, dengan sub-had sebanyak RM137 juta daripada Surat Kredit masing-masing di bawah konsep Tawwaruq dan Kafalah.

“Perkongsian ini merupakan pembiayaan pertama MBSB bagi ladang solar, menjadikannya lebih dekat dengan objektif kemampanannya. Projek itu dijangka menjadi antara projek solar terbesar di Malaysia, dan kami gembira menjadi sebahagian daripadanya.

“Sokongan kami ke atas inisiatif pengurangan pelepasan karbon seperti ini membuktikan tanggungjawab kami terhadap alam sekitar dan komitmen untuk berkhidmat kepada negara dan masyarakat secara mampan,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian perkongsian dengan Solar Management, di sini hari ini.

Pengarah Solar Management Tee Cheng Huaberkata menerusi perkongsian itu, syarikat berkenaan akan mereka bentuk, membina, memiliki, mengurus dan menyelenggara kemudahan penjanaan tenaga fotovoltan solar 50 MWac berskala besar.

Projek bernilai RM285 juta itu terletak di kawasan seluas 80.94 hektar di Rembau (Negeri Sembilan) dan dijangkakan siap pada 30 Nov 2018.

Solar Management melantik Mattan Engineering Sdn Bhd, penyedia penyelesaian kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian bagi tenaga boleh baharu (RE), bagi menjalankan kerja-kerja reka bentuk, pembinaan dan operasi projek.

Pengerusi Eksekutif Mattan, Levin Tan, berkata setakat ini, syarikat itu mempunyai sejumlah 69 megawat projek RE yang telah disiapkan.

Susulan kontrak ini, Mattan melantik China Machinery Engineering Corporation (CMEC) menjadi cabang perolehannya untuk membekalkan bahan dan peralatan untuk projek itu.

Tan berkata berdasarkan pelantikan itu, CMEC akan melaksanakan pengaturan pakej yang diperlukan untuk perolehan dan pengangkutan antarabangsa bahan dan peralatan termasuk struktur pemasangan dan panel solar.

“Berdasarkan pertumbuhan berterusan hampir 40 tahun, CMEC mempunyai pengalaman luas dalam perniagaan kontrak kejuruteraan antarabangsa, setelah menyelesaikan pelbagai projek pembinaan berskala besar dalam sektor seperti tenaga, telekomunikasi, penghantaran, lapangan terbang dan perumahan.

“Oleh itu, kami menjangkakan hubungan kerja yang saling melengkapi yang membolehkan kedua belah pihak memanfaatkan kepakaran, pengalaman dan sumber masing-masing untuk memastikan projek ini siap,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Zaini OthmanMBSBProjek Ladang Solar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

CIMB, RHB, MBSB Gagal Bentuk Bank Islam Terbesar Dunia

14/01/2015
0

KUALA LUMPUR – Langkah penggabungan tiga institusi kewangan tempatan bagi membentuk bank Islam terbesar di dunia akhirnya tidak menjadi kenyataan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd