• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Kedah Menurun Kepada 982 Orang

oleh Ahmad Albab
07/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di Kedah setakat 8 pagi ini menurun kepada 982 orang berbanding 2,337 orang seperti yang direkodkan malam tadi.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri, Lt. Kol. (PA) Mohd. Zul Khairi Shamsuddin berkata jumlah itu dijangka terus berkurangan berikutan keadaan cuaca yang semakin baik dan lebih ramai mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Setakat 8 pagi ini, kesemua mangsa daripada 271 keluarga ditempatkan di 15 pusat pemindahan di Kuala Muda, Yan, Kulim, Baling, Bandar Baharu dan Pendang.

Di Kuala Muda, sembilan pusat pemindahan masih dibuka iaitu di Dewan Kampung Bukit Belah Batu Dua yang menempatkan sembilan orang, Dewan Taman Bedong Jaya (15) dan surau Taman Malinja (15).

Selain itu, surau Kampung Jawa (10), Dewan Kampung Bujang (86), Dewan Kampung Sungai Pial (174), surau Kampung Jilid 4/5 (61), Dewan Taman Setia Budi (61) dan surau Kampung Lebai Ali dengan sembilan mangsa.

Di Kulim pula dua pusat pemindahan dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau Pulas (121) dan surau Teluk Bina seramai 42 mangsa.

Sementara itu, sebuah pusat pemindahan dibuka masing-masing di Yan di surau Kampung Kepala Bukit yang menempatkan 79 mangsa, di Baling di Masjid Kuala Bakong (114), di Pendang di Dewan Seminar seramai 156 orang dan SK Selama di Bandar Baharu dengan 30 mangsa.

Sebanyak 29 pusat pemindahan ditutup berbanding 22 yang direkodkan malam tadi selepas keadaan banjir semakin surut di beberapa kawasan di daerah terbabit. – BERNAMA

Tags: Kedahmangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd