• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manfaatkan Skim ADAM50 Demi Masa Depan Anak

oleh Ahmad Albab
12/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD — Ibu bapa disaran memanfaatkan sepenuhnya skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50), yang buat julung kali diperkenalkan kerajaan dalam Bajet 2018, bagi menjamin masa depan anak mereka sebagai generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata skim itu merupakan satu lagi pendekatan baharu kerajaan dalam mewujudkan dana simpanan masa depan khusus untuk anak Malaysia yang lahir pada 1 Jan 2018 hingga 2022, dan skim berkenaan akan dikendalikan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

ADAM50 adalah Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200, insentif percuma diberikan kepada setiap anak Malaysia yang lahir pada 1 Jan 2018 hingga 2022 melalui unit amanah saham di PNB.

“Jika simpanan dana ini disimpan tanpa diusik, nilainya akan bertambah dan meningkat dari tahun ke tahun kerana ia bukan seperti simpanan biasa dalam akaun bank. Simpanan ini kelak akan membantu anak-anak sama ada untuk pengajian dan memulakan pekerjaan.

“Ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap masa depan anak-anak generasi TN50,” katanya berucap merasmikan Majlis Mini Konvokesyen Kanak-kanak Taska/Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bagi parlimen Kota Belud di sini hari ini.

Seramai 748 kanak-kanak daripada 112 Tabika di Kota Belud menerima sijil pada majlis itu.
Turut hadir Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Musbah Jamli yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tempasuk dan Timbalan Pengarah Pendidikan Awal Kanak-kanak Kemas Sabah Muhammad Abu Bakar.

Salleh berkata skim ADAM50 itu juga membukti kerajaan sentiasa berusaha membantu semua golongan masyarakat tanpa mengira bangsa dan usia bagi memastikan kesejahteraan dan masa depan mereka terus terjamin.

“Kerajaan telah menjalankan kajian dengan teliti selain turut mengambil pandangan rakyat sebelum membentangkan Bajet 2018 yang bersifat menyeluruh dan merangkumi pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama mahupun fahaman politik,” katanya. — BERNAMA

Tags: ADAM50
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Inisiatif ADAM50 Akan Dihentikan Pada Akhir Tahun

21/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) yang diperkenalkan pada Januari oleh kerajaan Barisan Nasional akan dihentikan menjelang...

Kurang Sambutan, Program ADAM50 Ditamatkan – PNB

21/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd (PNB) menjelaskan bahawa Program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) akan ditamatkan pada 31 Disember...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd