• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maklumat Autisme Boleh Dilayari Di Laman Web MIND

oleh AK-47
07/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini melancarkan laman web Malaysian Information Network on Disabilities (MIND) yang ditambah baik dengan memuatkan maklumat terperinci mengenai autisme.

Rosmah yang juga Penaung Program PERMATA berkata ia adalah kolaborasi strategik Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) dan MIND bersama pusat autisme negara, PERMATA Kurnia dalam menyebarkan maklumat mengenai autisme dengan lebih menyeluruh.

“Menyedari fenomena peningkatan autisme dan keperluan ibu bapa yang terlibat, saya menyarankan BAKTI-MIND menambah baik laman sesawangnya dengan mengadakan pautan terus atau hyperlink ke laman web Pusat PERMATA Kurnia.

“Dengan cara ini, laman web MIND yang sudah mempunyai pangkalan pengguna yang ramai, kini dioptimumkan fungsinya dalam menyebar luas mengenai autisme selain menambah kumpulan sasar baharu,” katanya ketika merasmikan laman web itu di sini hari ini.

Rosmah berkata pendekatan menggunakan laman web itu juga dapat menyediakan platform jaringan yang dapat menghubungkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan badan-badan berkaitan demi meningkatkan potensi diri mereka.

Rosmah berkata capaian kepada laman web PERMATA Kurnia menerusi laman web MIND itu akan memudahkan ibu bapa, guru, ahli terapi dan masyarakat mendapat maklumat terkini mengenai autisme dengan cepat dan tepat.

Katanya, hasil penyelidikan mengenai autisme yang dijalankan menerusi amalan berasaskan bukti ) turut dimuat naik di laman web itu supaya pengguna sentiasa mengetahui perkembangan semasa autisme.

Turut dibangunkan khusus untuk membantu kumpulan sasar adalah iKurnia, kursus pendidikan dalam talian pertama seumpamanya di Malaysia yang merangkumi aspek Asas Autisme, Asas Intervensi dan iKurnia LIVE.

“Ia boleh dilayari menerusi platform OpenLearning atau Youtube yang boleh diakses 24 jam,” katanya.

Sementara itu Rosmah berkata kajian para saintis mendapati berlaku fenomena peningkatan mendadak autisme di seluruh dunia dengan World Health Organisation (WHO) menganggarkan satu peratus prevalens autisme dalam sesebuah negara.

“Jika anggaran ini diaplikasikan kepada Malaysia yang mempunyai 31 juta penduduk, dianggarkan 310,000 kanak-kanak mengalami autisme di negara ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datin Seri Rosmah MansorPERMATA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RM10j Senggara Bangunan Kediaman Berstrata

Next Post

Daripada Diplomasi Panda Kepada Durian

Related Posts

‘DNAA Najib Satu Rahmat Daripada ALLAH’ – Rosmah

‘DNAA Najib Satu Rahmat Daripada ALLAH’ – Rosmah

21/06/2025
0

KUALA LUMPUR – “Keputusan DNAA semalam untuk suami saya adalah benar-benar satu rahmat daripada ALLAH, yang dimakbulkan melalui doa dan...

Keputusan Rayuan Rosmah Cabar Pelantikan Sri Ram 22 Jun

Keputusan Rayuan Rosmah Cabar Pelantikan Sri Ram 22 Jun

18/05/2023
0

PUTRAJAYA: Rayuan Datin Seri Rosmah Mansor agar dibenar melalui tindakan sivil mencabar pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan...

Next Post

Daripada Diplomasi Panda Kepada Durian

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd