• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahu Myanmar Tangani Isu Etnik Rohingya

oleh Ahmad Albab
16/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Pemimpin ASEAN mahu kerajaan Myanmar terus melaksanakan syor-syor dalam laporan akhir Suruhanjaya Penasihat mengenai Wilayah Rakhine dan mengambil langkah menangani krisis pelarian Rohingya.

Dalam Kenyataan Pengerusi yang dikeluarkan dua hari selepas berakhirnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di sini, kumpulan pemimpin menyatakan sokongan terhadap program bantuan kemanusiaan Myanmar serta menyambut baik pelancaran mekanisme yang diterajui kerajaan Myanmar dengan kerjasama Pertubuhan Palang Merah serta masyarakat antarabangsa dalam usaha terbabit.

Mereka menegaskan kepentingan meningkatkan akses kemanusiaan ke kawasan terjejas dan bantuan diberi kepada semua komuniti yang terjejas.

Kenyataan bagaimanapun tidak menyebut rakyat Rohingya secara terus-terang sebaliknya menyentuh situasi di utara wilayah Rakhine yang menyaksikan lebih 600,000 penduduk lari ke negara jiran Bangladesh susulan tindakan ketenteraan terhadap militan yang menyerang tiga pos kawalan polis pada 25 Ogos.

Pada Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak itu, berkata usaha Malaysia untuk mengetengahkan penderitaan Rohingya, kumpulan etnik minoriti, berbaloi apabila kuasa-kuasa dunia termasuk Amerika Syarikat tampil menangani isu tersebut.

Suruhanjaya yang diketuai bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Kofi Annan, mengesyorkan antaranya kerajaan Myanmar mengambil langkah kukuh bagi mengakhiri pemisahan yang dikuatkuasakan antara penganut Buddha Rakhine dan umat Islam Rohingya, memastikan akses penuh tanpa sekatan bantuan kemanusiaan ke seluruh wilayah, menangani isu tidak bernegara etnik Rohingya dan ‘melihat semula’ Akta Kewarganegaraan 1982.

Dalam kenyataan itu, ASEAN turut berkata ia mengalu-alukan komitmen pihak berkuasa Myanmar untuk memastikan keselamatan orang awam, mengambil langkah segera bagi mengakhiri keganasan di Rakhine, memulihkan keadaan sosioekonomi serta menangani masalah pelarian melalui proses pengesahan.

Mereka menyatakan sokongan kepada kerajaan Myanmar dalam usahanya membawa keamanan, kestabilan, kedaulatan undang-undang serta menganjurkan keharmonian dan perdamaian antara pelbagai komuniti serta pembangunan saksama dan mampan di Rakhine.

Menurut pegawai, kenyataan pengerusi itu tertangguh disebabkan ketiadaan konsensus berhubung beberapa isu sensitif termasuk penderitaan kaum Rohingya dan perebutan di Laut China Selatan.
Kumpulan pemimpin juga mengumumkan pelantikan Setiausaha Tetap di Kementerian Luar Brunei Darussalam Datuk Paduka Lim Jock Hoi sebagai Setiausaha Agung ASEAN yang baharu, menggantikan Le Luong Minh.

Mengenai ketegangan Laut China Selatan, kumpulan pemimpin menyambut baik pemakaian kerangka Kod Tata Laku bagi Laut China Selatan (COC) yang akan mempermudah usaha dan rundingan bagi pemuktamadan COC yang substantif dan efektif.

Mengambil maklum akan hubungan yang bertambah baik antara ASEAN dan China, mereka berhasrat memulakan rundingan-rundingan substantif mengenai COC dengan China pada Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-20 dan Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama ASEAN-China ke-23 mengenai Pelaksanaan COC di Vietnam pada awal 2018.

Pelbagai langkah sedang diambil oleh pelbagai pihak bagi mengurangkan ketegangan serta risiko insiden, salah faham dan salah tanggapan, kata mereka.

“Kami membuat penegasan semula akan kepentingan mengekalkan dan menganjurkan keamanan, keselamatan, kestabilan, keselamatan marin, perintah berasaskan peraturan dan kebebasan pelayaran serta penerbangan dalam wilayah Laut China Selatan,” demikian menurut kenyataan.

Para pemimpin juga mengambil maklum akan kebimbangan sesetengah anggota ASEAN berhubung akses pasaran yang terhad bagi minyak sawit di pasaran Eropah.

“Kekangan itu tidak mencerminkan komitmen masyarakat global ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Lestari dan membawa implikasi buruk terhadap industri minyak sawit, elemen ekonomi yang penting bagi negara-negara pengeluar dalam ASEAN,” kata mereka.

Semasa Sidang Kemuncak ASEAN-Kesatuan Eropah (EU) di sini, Najib dan Presiden Indonesia Jokowi Widodo meluahkan rasa kecewa mereka berhubung sekatan terhadap minyak sawit memasuki pasaran EU.

Sekatan itu akan menjejaskan lebih 18 juta pekebun kecil di kedua-dua negara yang merangkumi 82 peratus pengeluaran dunia. – BERNAMA

Tags: Etnik Rohingya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5,000 Rumah Mesra Generasi Baharu Felda Bakal Dibina

Next Post

Kebocoran Data Ketika Proses Transaksi Data

Related Posts

Malaysia Terus Diceroboh Etnik Rohingnya

03/05/2022
0

ALOR SETAR : Isu kebanjiran etnik Rohingya tidak nampak jalan penyelesaian apabila perairan negara terus `diceroboh’ etnik beraal dari Myanmar...

Dua Dalang Rusuhan, Lolos Depot Imigresen Ditahan

22/04/2022
0

BANDAR BAHARU: Polis menahan dua daripada empat dalang yang dipercayai mencetuskan rusuhan sebelum tahanan etnik Rohingya meloloskan diri dari Depot...

Next Post

Kebocoran Data Ketika Proses Transaksi Data

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd