• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lubang Misteri 4 Meter Ditebuk Cahaya Jam 2 Pagi?

oleh
12/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Penduduk Kampung Rampai, Sikuati, Kudat dekat sini gempar menemui lubang misteri di atas jalan didakwa berlaku selepas kejadian aneh cahaya terang menjunam dari langit.

Seorang saksi kejadian pelik tersebut, John Ukong, 47, mendakwa melihat cahaya putih di udara kira-kira jam 2 pagi sebelum sinaran terang berkenaan condong ke bawah namun dia pula tidak mengesyaki apa-apa perkara buruk.

Bagaimanapun, pada keesokan harinya, penduduk desa itu yang secara kebetulan melalui jalan tidak berturap berkenaan terkejut apabila menemui lubang aneh tersebut sebelum terus segera memaklumkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kudat, Superintendan Douglas Nyeging Taong ketika dihubungi Harian Metro berkata, sebaik menerima laporan, beliau sendiri bersama enam anggotanya melawat tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

Katanya, pemeriksaan polis selanjutnya mendapati memang terdapat satu lubang sebesar saiz sebiji bola sepak dengan kedalaman kira-kira hampir empat meter yang terbentuk di atas permukaan jalan kampung berkenaan.

“Pihak polis akan merujuk perkara ini kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Kudat serta Jabatan Tanah dan Galian, Kudat untuk tindakan yang selanjutnya pula bagi mengenal pasti punca kejadian lubang sebegini.

“Semasa saksi tersebut melihat cahaya putih itu terbang di ruang udara, saksi mendakwa tidak kedengaran apa-apa bunyi letupan atau petir malah keadaan cuaca juga adalah baik,” katanya kepada akhbar berkenaan lagi.

Menurut Douglas lagi, keadaan lubang yang terbentuk seperti digerudi oleh alat pengorek namun permukaan jalan sekitar lubang berkenaan tidak pula mempunyai sebarang kesan tanah bertaburan akibat proses cari gali.

“Saya juga menasihatkan penduduk dan orang ramai agar tidak terpedaya dengan khabar angin konon ada barangan berharga disembunyikan dalam lubang ini yang mungkin mahu mengorek sendiri secara senyap,” jelas beliau.

Dalam pada itu, pakar geologi Universiti Malaysia Sabah, Prof. Dr. Felix Tongkul berkata, lubang unik itu mungkin terhasil akibat hentaman kilat kuat seperti yang pernah berlaku di luar negara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video bawah sekadar hiasan…

Tags: KudatlubangMisteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Pencemaran Air Kumbahan Banjir Di Utara

Next Post

Bantuan Pesawah Terjejas Banjir Dalam Perincian Akhir

Related Posts

Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh Dikategorikan Misteri – Ayob Khan

Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh Dikategorikan Misteri – Ayob Khan

29/10/2024
0

KOTA BHARU: Bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di Ipoh, Perak sehingga kini masih dikategori sebagai misteri, kata Timbalan Ketua...

Dentuman Di Ipoh Kekal Misteri, Penduduk Daerah Bersebelahan Turut Dengar – KPN

Dentuman Di Ipoh Kekal Misteri, Penduduk Daerah Bersebelahan Turut Dengar – KPN

23/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Bunyi dentuman yang masih misteri di Ipoh, Isnin lalu turut didengari oleh penduduk di daerah bersebelahan. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Bantuan Pesawah Terjejas Banjir Dalam Perincian Akhir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd