• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liza Hanim Nafi Bakat Dipandang Rendah

oleh AK-47
09/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERNAH popular suatu ketika dahulu dengan lagu Ku Idamkan Rindu, nama Liza Hanim kembali meniti di bibir netizen apabila menyertai program Gegar Vaganza 4 (GV4).

Mempunyai vokal tersendiri, Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim pernah menggegarkan industri hiburan sekitar tahun 2003.

Liza muncul sebagai penyanyi pertama yang memenangi kategori Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-17 yang dipertandingkan ketika itu menerusi lagu Gelisah Mimpi.

Namun, nama Liza seakan tenggelam dan ada yang berpendapat bakatnya yang dinafikan menjadi punca perkara tersebut berlaku.

“Apa saya lalui dulu dan sekarang, semuanya ketentuan Allah. Mungkin dahulu bukan rezeki saya untuk meraih apa yang diinginkan.

“Namun, saya tidak pernah mengeluh. Tambahan pula, selepas berkahwin saya mahu fokus kepada keluarga.

“Soal bakat dinafikan, saya tidak bersetuju. Bagi saya itu pandangan masing-masing.

“Cuma, apa saya boleh katakan setiap apa yang berlaku pasti bersebab. Bukan kuasa saya untuk berkata sesuatu dan meyakinkan orang mengenai sesuatu perkara,” katanya dipetik Harian Metro.

Jadi, dengan penyertaannya di dalam program tersebut serta mendapat markah tertinggi pada minggu lalu membuktikan bakatnya itu masih diterima sehingga kini.

Menurut anak didik komposer terkenal Allahyarham Adnan Abu Hassan, dia akan menggunakan peluang yang terbentang dengan sebaiknya seperti membuat kemunculan khas pada Anugerah Bintang Popular tahun lalu.

“Saya jenis ambil setiap peluang yang ada depan mata. Saya percaya, ruang dan kesempatan diberikan perlu digunakan sebaik-baiknya.

“Pada masa sama, saya tidak boleh menafikan wujud cakap-cakap yang beranggapan sebaliknya. Jadi, saya tak nak memeningkan kepala untuk memikirkan semua perkara yang tidak perlu,” katanya.

Penyanyi 38 tahun ini mengakui sedikit tertekan apabila ramai yang mengharapkan gelaran juara itu berpihak kepada dirinya.

“Saya akui sedikit tertekan. Lagipun, saya sudah biasa jadi ‘underdog’ sejak dulu. Apabila sekarang penerimaannya macam ini, saya terkejut.

“Namun, saya perlu letak semuanya ke tepi. Saya hanya mahu buat apa yang terdaya dan paling penting jadi diri sendiri,” akuinya.

Dalam pada itu, Liza mengakui yang dia mengambil kelas vokal sejak menyertai program itu dan mengharapkan peminat tidak membandingkan vokalnya semasa awal pembabitannya dalam industri dengan sekarang.

Apapun all the best diucapkan buat Liza serta 10 peserta lain yang masih bertanding! – MYNEWSHUB.CC/SA

A post shared by Gegar Vaganza Official (@gegarvaganzaofficial) on Nov 5, 2017 at 6:00pm PST

Tags: Gegar Vaganza 4GV4Liza Hanim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firman Pula Dakwa Hadiah Berlian GV4 Palsu

19/07/2019
0

PENYANYI Indonesia Firman Siagian mendakwa subang berlian yang diberikan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida adalah palsu. Firman, 40, berkata, barang...

DSV Diarah Bayar RM87,500 Kepada Aishah

03/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman diarah membayar harga barang kemas yang dipilih penyanyi Aishah berjumlah RM80,000 dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd