• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lepas Isu Tajaan Baju, Rezeki Aishah Melimpah Ruah

oleh
21/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA sangka hanya kerana isu tidak mendapat tajaan busana bagi konsert Gegar Vaganza 4, kini rezeki penyanyi Aishah semakin mencurah-curah.

Sebelum ini, kecoh apabila Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah dikatakan tidak menerima tajaan daripada mana-mana pereka fesyen bagi koleksi pakaiannya.

Terbaharu, peserta Gegar Vaganza Musim Keempat (GV4) itu dikatakan telah menerima banyak tawaran untuk menjadi duta beberapa produk termasuklah pil dan pakej pelansingan badan serta rawatan fisioterapi.

“Saya hanya tertawa apabila menerima pelbagai tawaran. Bukan saja baju, malah ada yang menaja pakej untuk saya kuruskan badan dan sesi fisioterapi.

“Rupanya mereka (penonton) mengikuti perkembangan saya termasuk tahu saya ada masalah sakit lutut,” katanya dipetik daripada BH Online.

Tambah penyanyi lagu Janji Manismu itu, dia juga telah menerima beratus-ratus khidmat pesanan ringkas (SMS), serta mesej melalui media sosial serta panggilan telefon daripada pelbagai pihak yang ingin tampil menjadi penaja baginya.

“Saya terkejut sebaik berita mengenai pakaian saya tersebar, ramai yang tampil. Bukan saja secara terus kepada saya, malah ada yang melalui wartawan untuk menyatakan hasrat mereka.

“Saya ucapkan terima kasih kerana ramai yang sudi berkerja dengan saya,” tambahnya lagi.

Namun, akibat tidak mahu ada pihak yang berkecil hati, penyanyi yang berasal dari Jempol, Negeri Sembilan itu memberitahu bahawa dia telah membahagikan persalinan daripada kesemua pereka untuk digayakan setiap minggu selagi dia masih berada di pentas GV4.

“Kalau saya bertahan hingga minggu kelapan, saya akan pakai baju mengikut senarai pereka yang berjumpa dengan saya.

“Saya tidak mahu mereka berkecil hati, kalau boleh saya mahu pakai semua, tapi bergantung kepada rezeki saya dalam GV4,“ katanya.

Dia juga turut mengakui bahawa sejak minggu pertama lagi, dia tidak mengambil serius soal penampilannya setiap kali beraksi di pentas.

“Saya akan lebih serius mengenai penampilan selepas ini. Maklumlah banyak benda baharu… Malah, aplikasi Direct Message (DM) dalam Instagram pun saya baru tahu,” katanya tertawa besar.

Apabila ditanyakan mengenai persaingan di pentas GV4, Aishah berasa lebih selesa dengan menjadi peserta ‘underdog’ dan dia juga berjanji akan memberikan persembahan yang terbaik pada setiap minggu untuk peminatnya.

“Cabaran utama adalah masa dan kita perlu sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan,” ujarnya.

Pada konsert malam ini, Aishah bakal menyampaikan lagu Ceritera Cinta bersama bekas peserta GV, iaitu Sam Innuendo, seiringan dengan tema minggu ini iaitu Berdua Lebih Baik. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: AishahGV4nyanyipenajapil kurus
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebih Ramai Wanita Diperlukan Dalam Politik

Next Post

Hafeez Mikail, Daiyan Trisha Pula Hangat Jalin Cinta?

Related Posts

Vida Pamer Barang Kemas Pilihan Aishah Bernilai RM80,000

17/07/2019
0

PETALING JAYA - Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mempamerkan lima jenis barang kemas bernilai RM80,000 sebagai ganti rugi kepada penyanyi...

DSV Diarah Bayar RM87,500 Kepada Aishah

03/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman diarah membayar harga barang kemas yang dipilih penyanyi Aishah berjumlah RM80,000 dan...

Next Post

Hafeez Mikail, Daiyan Trisha Pula Hangat Jalin Cinta?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd