• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Berkostum ‘Pengebom Berani Mati’ Ditahan

oleh AK-47
08/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki ditahan oleh pihak polis daerah Petaling Jaya pada Selasa lalu akibat memakai pakaian yang mencurigakan seperti seorang pengebom berani mati.

Dikatakan lelaki berkenaan berpakaian sebegitu bersempena parti Halloween yang disambut di sebuah kondominium yang terletak di Damansara Perdana pada 28 Oktober lalu.

Lelaki berkenaan berjubah putih, berselendang Arab di kepala dan turut memakai jambang palsu. Malah, badannya turut dililit ‘alat peledak’ yang dibuat daripada kadbod, botol plastik dan antenna.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohd. Zani Che Din, mereka menerima laporan berkenaan daripada penduduk kondominium itu yang terlihat lelaki tersebut di dalam lif.

“Penduduk sebuah kondominium di Damansara Perdana menemui lelaki berkenaan dengan pakaian seperti seorang pengebom berani mati pada pukul 7.40 malam.

“Lelaki itu dilihat menaiki lif untuk ke parti Halloween,” katanya dipetik laporan Star Online.

Pakaian berkenaan sangat sensitif kepada umum secara amya kerana pemakaian tersebut sering dikaitkan dengan militan Daesh.

Lelaki berkenaan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas tuduhan ugutan jenayah.

Dalam pada itu, ada juga sesetengah netizen beranggapan penampilan lelaki tersebut seakan-akan seperti selebriti YouTube dari Melbourne, Australia. Mereka dikenali dengan nama Jalals kerana ketiga-tiga anggotanya merupakan adik-beradik.

Dikatakan Jalal sering mengenakan jubah dan berserban untuk melakukan prank orang awam secara rawak. –MYNEWSHUB.CC

Tags: Halloweenkostum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang Warga Malaysia Cedera Dalam Insiden Rempuhan Di Seoul

Seorang Warga Malaysia Cedera Dalam Insiden Rempuhan Di Seoul

02/11/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan hanya seorang warga Malaysia yang cedera akibat insiden rempuhan susulan sambutan Halloween di Seoul, Korea Selatan,...

Tuntut Hadiah Loteri Jutaan Dolar Pakai Kostum ‘Scream’

17/02/2019
0

KINGSTON - Seorang pemenang loteri memilih untuk berpakaian putih, bersarung tangan hitam dan bertopeng, meniru dari filem 'Scream' tahun 1996,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd