• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 360,000 Guna Bas RapidKL Jan-Sept 2017

oleh Ahmad Albab
14/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah purata pengguna bas RapidKL bagi tempoh Januari hingga September 2017 mencecah hampir 360,690 orang, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata purata pengguna bas bagi Rapid Penang dan Rapid Kuantan pula masing-masing mencatatkan 80,000 orang dan 10,000 orang bagi tempoh sama.

“Sebanyak 1,147 buah bas RapidKL beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, 382 bas Rapid Penang termasuk Rapid Kamunting dan 80 bas Rapid Kuantan.

“Ia beroperasi di laluan-laluan sosial yang telah dikenal pasti serta beroperasi hampir sepanjang waktu termasuk waktu luar puncak,” katanya menjawab soalan Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) mengenai pelaksanaan bas Rapid di semua ibu negeri dan jumlah penumpang purata sehari.

Nancy berkata perkhidmatan bas ini memainkan peranan penting secara keseluruhannya, yang menjadi tulang belakang dan akses kepada rakyat dalam memastikan mereka mendapat faedah sosioekonomi.

Dalam pada itu ketika menjawab soalan tambahan Rubiah Wang (BN-Kota Samarahan) mengenai rancangan kerajaan untuk menambah baik program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST) di Kuching dan status projek SBST Kuching yang turut melibatkan Kota Samarahan, Nancy berkata proses pemilihan dan rundingan telah dimuktamadkan.

“Program SBST Kuching akan ditandatangani pada minggu hadapan dan perkhidmatan ini dapat dinikmati oleh warga Kuching mulai tahun hadapan,” katanya.

Nancy turut berkata kerajaan telah memperkenalkan SBST sebagai langkah jangka panjang dalam menyediakan SBST yang cekap.

“Ia sedang dijalankan secara berperingkat dan dirancang untuk dilaksanakan di setiap ibu negeri di Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: penggunaRapid KL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Stesen 3 Laluan Rapid KL Ditutup Sementara Atas Faktor Keselamatan Petang Ini

Stesen 3 Laluan Rapid KL Ditutup Sementara Atas Faktor Keselamatan Petang Ini

26/10/2025
0

Kuala Lumpur: Beberapa stesen Rapid KL ditutup sementara hari ini antara jam 4 hingga 6 petang atas faktor keselamatan sempena...

X Belum Mohon Lesen Pengendali Media Sosial Sebab Pengguna Tak Capai 8 Juta

X Belum Mohon Lesen Pengendali Media Sosial Sebab Pengguna Tak Capai 8 Juta

01/01/2025
0

PUTRAJAYA: Empat penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial utama telah mengorak langkah ke arah pematuhan kawal selia dengan memohon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd