• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Latihan Keras Bawa Tuah Buat Nur Azlia Syafinaz

oleh Ahmad Albab
01/11/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelumba basikal trek para negara, Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais tidak menyangka pengorbanan menjalani latihan keras selama tiga bulan sebelum menyertai Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 memberi tuah buatnya merangkul anugerah atlet para wanita terbaik negara.

Nur Azlia Syafinaz menerima anugerah berkenaan pada majlis penyerahan skim hadiah kemenangan (Shakam) yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lebih manis, Nur Azlia Syafinaz yang membuat penampilan sulung pada Sukan Para ASEAN berjaya meraih empat pingat emas dan satu perak, sekali gus membawa pulang insentif tertinggi berjumlah RM53,000.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan sepasukan yang banyak memberi sokongan moral kepada saya selama ini.

“Mengenai imbuhan yang diterima ini, saya belum fikir lagi…mungkin saya akan simpan dan gunakan duit ini pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah berkenaan di Axiata Arena di sini, malam ini.

Atlet olahraga para negara, R. Thavanesvaran pula dinobat sebagai atlet para lelaki terbaik selepas menghadiahkan tiga pingat emas dan satu perak pada Sukan Para ASEAN, September lalu.

Atlet dari Segamat, Johor itu yang beraksi dalam acara 100m, 200m dan 400m kategori T44 menerima insentif sebanyak RM40,750.

Sementara itu, perenang negara, Welson Sim dan gimnas, Koi Sei Yan masing-masing dipilih menerima anugerah atlet terbaik lelaki dan wanita negara pada Sukan SEA Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Welson memenangi dua pingat emas, satu perak dan satu gangsa serta mencipta dua rekod baharu kejohanan dalam acara 200m dan 400m gaya bebas, untuk menerima insentif sebanyak RM33,000.

Koi Sei Yan pula cemerlang meraih empat pingat emas iaitu dua dalam acara aparatus gelung dan belantan, selain emas berpasukan dan emas individu keseluruhan untuk menerima insentif berjumlah RM49,500.

Pada Sukan SEA Ogos lalu, kontinjen negara muncul juara keseluruhan selepas meraih 145 emas, 92 perak dan 86 gangsa, manakala di Sukan Para ASEAN, Malaysia muncul naib juara dengan 90 emas, 85 perak dan 84 gangsa. – BERNAMA

Tags: atlet paralimpik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petugas Barisan Hadapan, Atlet Negara Diberi Penghormatan

13/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat memberikan penghormatan khusus kepada petugas barisan hadapan serta atlet Olimpik dan Paralimpik negara hari ini....

APG KL2017 Ditutup Penuh Bangga, Meriah

24/09/2017
0

KUALA LUMPUR - Sukan Para ASEAN (APG) Kuala Lumpur 2017 melabuhkan tirainya dengan meriah dan bergaya apabila Malaysia menampilkan pencapaian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd