• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWSP Catat Pendapatan RM12.95 Bilion Suku-3

oleh AK-47
29/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan peningkatan dalam pendapatan pelaburan suku tahunan kepada RM12.95 bilion bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2017, meningkat 5.13 peratus, daripada RM12.32 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

“Keseluruhan prestasi portfolio KWSP mendapat manfaat daripada peningkatan pasaran ekuiti luar negara dalam suku ketiga 2017,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif, hari ini.

Beliau berkata dana pencen itu tidak melihat pulangan yang sama daripada pasaran ekuiti domestik kerana prestasi FBM KLCI tidak berubah berbanding pasaran lain, yang mencatatkan pertumbuhan antara dua dan lima peratus.

KWSP mencatatkan penjejasan nilai sebanyak RM791.55 juta, dalam suku tersebut, selaras dengan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS 139), dan ini adalah lebih tinggi berbanding RM349.59 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun lepas, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ini disebabkan oleh peruntukan tinggi yang dicatatkan bagi ekuiti domestik dalam sektor telekomunikasi dan minyak dan gas, katanya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: KWSP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim sekali lagi menggesa dividen Kumpulan Wang Simpanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd