• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koperasi Sekolah – Platform Lahir Usahawan Muda

oleh Ahmad Albab
01/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Gerakan koperasi sekolah telah menunjukkan potensi cemerlang dalam perniagaan sehingga melepasi perolehan jualan RM1 juta, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata aktiviti koperasi sekolah juga kini pelbagai serta menjurus kepada bidang yang berdaya saing seperti pertanian, perkhidmatan, pelancongan dan penjagaan diri berbanding hanya produk kepenggunaan 10 tahun lalu.

Misalnya, katanya, beberapa koperasi sekolah seperti Koperasi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas, Pulau Pinang; Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah, Kelantan dan Koperasi MRSM Kubang Pasu, Kedah mencatat perolehan lebih RM1 juta setahun.

“Koperasi sekolah jelas mempunyai prospek yang luas untuk berjaya dalam berniagaan sekiranya bijak merebut peluang-peluang yang sesuai dengan keperluan sekolah, murid-murid dan guru-guru,”

“Koperasi sekolah merupakan platform yang paling tepat dalam melahirkan usahawan muda dalam kalangan murid,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) peringkat kebangsaan 2017 di sini, malam tadi.

Teks ucapan Hamzah dibacakan oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Dr Noor Zari Hamat.

Sementara itu, Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata walaupun dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, koperasi sekolah mampu menunjukkan prestasi terbaik dalam AKKS 2017.

Katanya, sehingga Disember tahun lalu terdapat sebanyak 2,378 koperasi sekolah dengan keanggotaan 2.02 juta orang, syer berjumlah RM24.48 juta, asset bernilai RM327.02 juta serta perolehan sebanyak RM359.29 juta di seluruh negara.

Menurut Abdul Fattah, penjanaan pendapatan oleh koperasi sekolah bukan untuk keuntungan semata-mata, tetapi ia dapat menjual keperluan kepada pelajar dan guru dengan harga lebih murah seterusnya mengurangkan beban murid dan kos sara hidup.

Sementara itu, Noor Zari, ketika ditemui, berkata SKM dan Kementerian Pendidikan sentiasa menggalakkan sekolah untuk menceburi pelbagai bidang keusahawanan dengan memberikan geran berjumlah antara RM10,000 hingga RM20,000.

Pada majlis itu, Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Baru Muar Berhad, Johor dinobat pemenang AKKS 2017 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, sijil penghargaan, piala serta lawatan ke luar negara. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pindaan Akta Tangani Penyeludupan Migran

21/02/2022
0

PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022 bermula esok diharap mampu menjadi penyelesaian terbaik menzahirkan usaha Malaysia...

5 Barangan Keperluan Asas Dijamin Tidak Naik

16/04/2018
0

PADANG TERAP - Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi jaminan bahawa harga barangan lima keperluan asas di negara ini tidak akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd