• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKLW Tidak Iktiraf UEC Untuk Kemasukan Ke IPT

oleh Ahmad Albab
26/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tidak akan mengiktiraf dan menerima mana-mana pelajar yang menggunakan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk memasuki institut pengajian tinggi di bawah kementerian itu.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini kerana Pertubuhan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang memperkenalkan UEC perlu memahami dan menghormati Dasar Pendidikan Kebangsaan terlebih dahulu sebelum sijil itu diiktiraf.

“Sebelum nak minta kita iktiraf (UEC), mereka perlu memahami Dasar Pendidian Kebangsaan kerana dasar ni sudah lama, jadi tak boleh ke kita ikut dasar ini sebagai rakyat Malaysia.

“Saya rasa sebelum nak tuntut apa-apa, fahami dulu dasar ini… selagi gagal, saya rasa kita tidak perlu mengiktiraf UEC ini. Macam kita di kementerian sendiri, kita tidak akan menerima sijil ini bukan sahaja di di Universiti Kuala Lumpur tetapi juga Kolej Universiti Poly-Tech Mara dan Universiti Agro Sains Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Khatan Perdana Peringkat Parlimen Bera di sini hari ini sebagai mengulas desakan berterusan Dong Zong kepada kerajaan supaya menerima dan mengiktiraf sistem yang menngguna pakai sukatan pelajaran Taiwan itu.

Ismail SabrI berkata setakat ini kabinet juga belum bercadang untuk mengiktiraf sistem itu dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Sementara itu seramai 350 kanak-kanak dari kawasan Parlimen Bera menyertai program khatan perdana anjuran UMNO Bahagian Bera itu.

Ismail Sabri berkata program berkenaan merupakan kali ketujuh diadakan dan merupakan sebahagian daripada sumbangan UMNO kepada rakyat dalam usaha untuk meringankan bebanan mereka.

“Saban tahun program khatan percuma seperti ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk dan untuk tahun ini kita membawa khas seramai 18 tok mudim profesional yang terdiri daripada doktor bukan sahaja dari Pahang tetapi juga Terengganu dan Kelantan,” kata Ketua UMNO Bera itu. – BERNAMA

Tags: IPTAKKLW
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Guru Tadika, Prasekolah Perlu Skim Gaji Khas

Next Post

Generasi Kedua Felda Terima Surat Tawaran Perumahan

Related Posts

KPT Akan Umum Mekanisme Yuran IPTA Golongan Kaya

KPT Akan Umum Mekanisme Yuran IPTA Golongan Kaya

19/10/2024
0

MANJUNG - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengumumkan mekanisme pelaksanaan baharu kadar yuran institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada kumpulan...

Kelantan Sedia Bas Untuk Pelajar Pulang Mengundi

Kelantan Sedia Bas Untuk Pelajar Pulang Mengundi

06/07/2023
0

KOTA BHARU: Kerajaan negeri membuat ketetapan menyediakan perkhidmatan pengangkutan bas kepada penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian...

Next Post

Generasi Kedua Felda Terima Surat Tawaran Perumahan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd