• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Langgar Di DUKE: 2 Pemandu Diarah Bela Diri

oleh Ahmad Albab
10/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua pemandu yang didakwa terlibat dalam kemalangan tragis di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) sehingga menyebabkan kematian tiga beranak pada Mei 2015 diperintahkan membela diri atas pertuduhan memandu secara berbahaya, oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Zilfinaz Abbas membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap dua pemandu Perodua Myvi, Siti Noor Aini Mohd Said, 38, dan Mohammad Fizal Reza Jamauddin, 33.

“Mahkamah mendapati keterangan daripada saksi kesembilan iaitu orang awam dalam kes ini adalah kredibel dan boleh dipercayai serta disokong dengan keterangan-keterangan daripada saksi lain.

“Mahkamah berpuas hati dengan keterangan-keterangan saksi, oleh itu kedua-dua tertuduh diarahkan untuk membela diri,” katanya selepas mendengar keterangan daripada 18 saksi pendakwaan pada perbicaraan kes itu.

Mahkamah menetapkan 13 dan 14 Dis untuk kedua-dua tertuduh membela diri atas pertuduhan memandu secara berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, serta bayi mereka yang berusia enam bulan, Nur Firuza Annisa.

Peguam, Omar Bakhi Ahmad yang mewakili Siti Noor Aini dan S. N. Seelan yang mewakili Mohammad Fizal Reza memaklumkan bahawa kedua-dua tertuduh memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari tempat duduk saksi.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Km6, Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta antara 12.31 tengah malam dan 12.35 tengah malam pada 2 Mei 2015.

Pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhd Faizal. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautkes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd