• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerugian Petani Kedah, P.Pinang Cecah RM27.7 Juta

oleh AK-47
25/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Jumlah kerugian yang dialami golongan petani ekoran bencana banjir yang melanda Pulau Pinang dan Kedah baru-baru ini dianggarkan mencecah hingga RM27.7 juta setakat semalam.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata jumlah itu meliputi kerugian RM21,277,125 juta dan RM6,415,148 juta masing-masing di Pulau Pinang dan Kedah.

Di Kedah katanya 2,613 petani dan 4,041 hektar tanaman padi serta sayur-sayuran terjejas dengan bencana itu.

“Di Pulau Pinang pula seramai 5,278 petani terlibat bersama 11,463.8 hektar tanaman padi, buah-buahan dan sayur-sayuran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Pendang dan Mini Karnival Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Kedah di Stadium Mini Pendang, dekat sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Suraya Yaacob.

Tajuddin berkata bancian dan penilaian kerugian golongan tersebut akan diteruskan dari semasa ke semasa sehingga selesai dan menambah, kerajaan tidak pernah mengabaikan nasib mereka yang terlibat.

Sebelum ini MOA turut meluluskan peruntukan berjumlah RM10 juta sebagai bantuan awal kepada penternak, petani dan peladang di Pulau Pinang yang terjejas.

Dalam pada itu, Tajuddin berkata pihaknya akan terus meningkatkan pembangunan infrastruktur kawasan jelapang padi di Kedah terutamanya di lebih 100,000 hektar kawasan padi seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Katanya dalam Rancangan Malaysia ke-10, kerajaan telah meluluskan projek naik taraf dan membangunkan tali air di negeri ini secara besar-besaran dengan sejumlah RM2.7 bilion diluluskan untuk projek tersebut.

“Setakat ini kita telah membelanjakan RM250 juta untuk kerja-kerja awal seperti pengambilan tanah dan RM50 juta pula untuk pembinaan tali air.

“Kita menyasarkan purata hasil seekar tanaman padi ditingkatkan dari lima metrik tan seekar kepada lapan hingga 10 metrik tan seekar, supaya pendapatan petani boleh digandakan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat ‘Panas’ MP Pasir Salak ‘Tak Puas Hati”

01/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat petang ini ‘panas’ ketika Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin...

Mahkamah Cadang Kes Saman Tajuddin Diselesai Secara Baik

12/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini mencadangkan supaya kes saman fitnah difailkan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd