• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerana Jari, Kapal Terbang Terpaksa Mendarat

oleh AK-47
07/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Sebuah kapal terbang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan gara-gara seorang wanita mengamuk sakan setelah mendapat tahu suaminya bermain kayu tiga.

Wanita yang merupakan warganegara Iran itu sedang dalam penerbangan Qatar Airways dari Doha ke Bali, Indonesia bersama-sama suami dan anak mereka pada Ahad lalu, lapor akhbar India, Hindustan Times hari ini.

Semasa suaminya sedang tidur, wanita itu telah menggunakan jarinya untuk buka telefon bimbitnya menggunakan pengesan cap jari, sekali gus meng’kantoi’kan kecurangan lelaki itu berserta maklumat terperinci mengenai hubungan sulitnya itu.

Berang akan penemuan itu, wanita itu dilaporkan mula memukul suaminya. Para krew kabin cuba untuk meleraikan pergaduhan itu namun gagal untuk menenangkan keadaan.

Akibat situasi penerbangan yang kurang aman itu, juruterbang mengambil keputusan untuk membuat pendaratan kecemasan di bandar Chennai yang terletak di selatan India.

Wanita tersebut, suami dan anak mereka kemudiannya dibawa turun daripada pesawat itu sebelum menyambung semula perjalanan mereka, kata pegawai keselematan yang dirahsiakan namanya kepada akhbar tersebut.

“Keluarga itu berehat selama sehari di lapangan terbang Chennai sebelum diterbangkan ke Kuala Lumpur oleh penerbangan Batik Air. Tiada tindakan diambil ke atas mereka,” kata pegawai itu lagi.-MYNEWSHUB.CC

Tags: curangkantoi curanglawakpenerbanganQatar Airways
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isteri Sanggup Risik, Minang ‘Madu’ Buat Suami

Next Post

43 Mangsa Terkandas Di Bukit Bendera Diselamatkan

Related Posts

Penerbangan Ditunda Lima Kali, Ka Siong Tegur Air Asia

Penerbangan Ditunda Lima Kali, Ka Siong Tegur Air Asia

21/07/2024
0

SHAH ALAM - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menzahirkan rasa tidak kecewa terhadap perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah,...

Wanita Tikam Teman Lelaki Ketika Dipaksa Lakukan Seks Ada Rekod Dadah

Bella Akui Kesilapan Mahu Perhatian Aliff, Hubungan Dengan Muaz Berakhir Tahun Lepas

04/04/2024
1

Bukit Jelutong: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 30, berterus-terang bahawa isu dia menjalinkan hubungan dengan pelakon baharu, Muaz Zabir yang...

Next Post

43 Mangsa Terkandas Di Bukit Bendera Diselamatkan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd