• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tak Pernah Tarik Kemudahan Bekas PM

oleh Ahmad Albab
12/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Kerajaan tidak pernah menarik apa-apa kemudahan yang disediakan kepada mana-mana bekas perdana menteri termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad, menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM).

JPM dalam kenyataan hari ini berkata pejabat Dr. Mahathir telah dibekalkan dengan perjawatan yang meliputi pejabat beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) serta kediaman beliau di The Mines Resort City, Selangor selaras dengan Akta Ahli Parlimen (Saraan), 1980 (Akta 237).

Menurutnya perjawatan yang diperuntukkan kepada Dr Mahathir adalah sebanyak 21 perjawatan.

“Semua perjawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan meliputi pembayaran gaji, elaun tuntutan dan lain-lain kemudahan yang layak dinikmati sebagai penjawat awam,” kata JPM berhubung status semasa kemudahan untuk Dr. Mahathir.

Baru-baru ini tular di media sosial bahawa kemudahan bagi Dr. Mahathir dikatakan dikurangkan atau ditarik balik.

JPM berkata kerajaan turut menanggung bayaran-bayaran utiliti di YKP serta kediaman rasmi beliau sehingga kini.

Selain itu, menurut JPM, kerajaan juga menanggung kos bagi bayaran elaun makan dan lain-lain kos kepada juruiring, pengawal peribadi, pegawai perubatan dan penolong pegawai khas bagi lawatan yang dihadiri oleh bekas perdana menteri itu ke luar negara.

“Justeru, kerajaan sekali lagi menegaskan bahawa tiada sebarang kemudahan yang ditarik balik dan layanan sama rata diberikan kepada kesemua bekas perdana menteri,” kata JPM. – BERNAMA

Tags: JPM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MCMC Terima Lebih 6K Aduan Salah Guna Media Sosial

Next Post

Suami Isteri Ditangkap Ketika Edar Dadah

Related Posts

JPM Nafi Siasat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

JPM Nafi Siasat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

26/07/2023
0

PETALING JAYA : Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengesahkan bahawa kenyataan media ‘Siasatan Ke Atas Datuk Dr. Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah...

Kenyataan Kenaikan Gaji PDRM Adalah Palsu – JPM

Kenyataan Kenaikan Gaji PDRM Adalah Palsu – JPM

30/11/2022
0

Kuala Lumpur : Jabatan Perdana Menteri hari ini menafikan kenyataan satu poster yang tular di media sosial bertajuk 'PM-Kenaikan Tangga...

Next Post

Suami Isteri Ditangkap Ketika Edar Dadah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd