• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Bentang Laporan RCI Skandal Forex

oleh AK-47
30/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membentangkan laporan penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap skandal matawang asing (forex) Bank Negara Malaysia di Parlimen, hari ini.

Laporan RCI bertajuk Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Sekitar Tahun 1990-an yang mempunyai kira-kira 524 halaman itu berada di meja ahli-ahli parlimen hari ini, iaitu hari terakhir sesi Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, laporan itu tidak tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat yang bermakna ianya tidak akan dibahaskan, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Kata beliau lagi, walaupun tidak dibahaskan, laporan itu adalah sama seperti laporan lain yang diagih-agihkan kepada Ahli Parlimen dan dianggap sebagai dokumen rasmi yang dibentangkan di dewan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dijangka mengeluarkan kenyataan media berhubung laporan itu bila-bila masa sahaja nanti.

BACA: RCI Forex BNM Serah Laporan Kepada Agong

BACA: RCI Siasat Kerugian BNM Kemuka Hujahan

Pada 15 Februari lalu, kerajaan mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Khas (PPK) yang diketuai bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk menyiasat dakwaan skandal kewangan terbesar membabitkan kerugian berbilion ringgit yang dialami BNM dalam perdagangan mata wang asing pada 1990-an dan mengemukakan syornya.

Pada 21 Jun lalu, laporan akhir PPK mendedahkan wujud kes prima facie dalam kerugian urus niaga matawang asing (forex) BNM.

Pasukan itu juga mendapati jumlah kerugian urus niaga berkenaan jauh lebih besar daripada angka dimaklumkan kepada Parlimen dan Jemaah Menteri lebih 20 tahun lalu.

PPK mengesyorkan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengakhiri isu ini demi masa depan negara. RCI itu ditubuhkan khas untuk menyiasat skandal forex di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Suruhanjaya siasatan mempunyai alasan kukuh untuk membuat kesimpulan bahawa BNM telah mengalami kerugian akibat daripada urus niaga forex pada tahun 1992, 1993 dan 1994. Jumlah kerugian untuk tiga tahun berkenaan adalah sebanyak RM31.5 bilion.

Berdasarkan fakta, Suruhanjaya siasatan syorkan agar satu siasatan rasmi dijalankan bersabit kemungkinan berlaku kesalahan-kesalahan pecah amanah (CBT) dan/atau penipuan (cheating) oleh pihak-pihak yang terlibat termasuk Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada ketika itu, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. –MYNEWSHUB.CC

Tags: Bank Negara Malaysia (BNM)forexParlimenRCI
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perdaya Mangsa Beli Pingat Darjah Kebesaran Palsu

Next Post

Kajian Sahkan Kahwin Boleh Halang Penyakit Nyanyuk!

Related Posts

RUU Pekerja Gig Dibentang Pada Sesi Parlimen Depan

RUU Pekerja Gig Dibentang Pada Sesi Parlimen Depan

01/05/2025
0

Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig bagi meningkatkan perlindungan dan menyelesaikan isu kebajikan membabitkan golongan...

Sidang Khas Dewan Rakyat 5 Mei Diadakan Atas Permintaan PM – Parlimen

Sidang Khas Dewan Rakyat 5 Mei Diadakan Atas Permintaan PM – Parlimen

24/04/2025
2

KUALA LUMPUR: Sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei ini bagi membincangkan kesan tindakan Amerika Syarikat (AS) ke atas ekonomi...

Next Post

Kajian Sahkan Kahwin Boleh Halang Penyakit Nyanyuk!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd