• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kenapa Kereta Saya Kena, Tak Ganggu Jalan Pun?”

oleh
24/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

APA perasaan anda jika kenderaan yang diletakkan di dalam kawasan perumahan anda kena clamp oleh pihak pengurusan walaupun anda rasa kenderaan tersebut tidak mengganggu laluan?

Baru-baru ini, Penang Kini Press telah memuat naik satu video di akaun Facebook mereka menunjukkan seorang penduduk yang dikenali sebagai Saiful Azhar Abdul Rahman, tidak berpuas hati apabila tayar keretanya telah dikunci.

“Saya, Saiful Azhar bin Abdul Rahim, penduduk di apartment Centrio Avenue. Pada hari ini, kereta saya, PLW 358 Axia berwarna hitam telah di clamp oleh pihak pengurusan tanpa sebrang alasan yang kukuh.

“Macam yang anda nampak, ada banyak lagi kereta yang lain tapi hanya kereta saya sahaja yang dikunci tayarnya,” kata pengadu tersebut.

Lelaki tersebut dikatakan tidak berpuas hati dengan salah seorang Building Manager bangunan tersebut iaitu Catherine Tang Boon Khim yang juga merupakan salah seorang ahli DAP Pulau Pinang.

Menurutnya, wanita tersebut juga telah menyalahgunakan kuasanya dan mengeluarkan arahan kepada pengawal keselamatan untuk bebuat sedemikian.

Tambahnya lagi, Catherine juga turut menetap di apartment tersebut.

“Saya sangat tak puas hati atas tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan. Jadi dimanakah keadilan?

“Kereta lain parking senget tapi tak kena kunci pun tayarnya. Motor pun ada yang parking di tempat letak kereta. Kenapa tak kena kunci tayarnya? “ katanya lagi.

Namun dalam masa yang sama, netizen turut mengecam tindakan lelaki tersebut kerana meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya kerana bukan di dalam kotak parking.

Bagaimanapun, seorang netizen yang juga salah seorang penduduk apartmen Centrio Avenue memberitahu bahawa lokasi tersebut merupakan tempat meletak kenderaan buat penduduk apartment berkenaan.

Katanya, laporan polis juga telah dibuat berkenaan pengurusan bangunan yang dikatakan pilih bulu.

Apa pun, kita yang hanya melihat rakaman itu tidak sepatutnya menuduh mana-mana pihak.

Mungkin jika di apartment dekat tempat lain kenderaan dibenarkan meletak kenderaan di tempat yang tidak mempunyai kotak parkir.

Sesetengah apartment pula tidak membenarkan perkara itu. Lain tempat, lain undang-undangnya.

Sudah nasib tidak menyebelahi lelaki tersebut. Nak buat macam mana? Salahkan orang lain pun tak boleh.

Lepasni hati-hati okay kalau nak parking kenderaan. Kalau kena clamp okay lagi. Jadi masalah kalau dah kena clamp lepastu kena angkut pula. Satu masalah nak pergi bayar berganda pula nanti. –MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: keretaParking
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salah Parking….Kena Pengajaran Keluar Air Mata

Salah Parking….Kena Pengajaran Keluar Air Mata

29/12/2025
0

Akibat meletakkan kenderaan di ringan di laluan kenderaan berat.. Menurut sumber awam, kejadian berlaku di R&R Ayer Keroh, Melaka. Sumber...

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

07/04/2025
0

LIPIS : Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dipercayai tercampak dan tercicir dari kereta yang dipandu bapanya di KM 7, Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd