• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejutan TPM Sumbang RM100K Demi Misi Qobin

oleh
26/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Selepas genap empat bulan lalu Majlis Pelancaran Projek Negara – Penjelajah Grand Slam Malaysia 2017 di ibu negara, hari ini Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B) menerima kejutan unik.

Lebih menarik apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menyempurnakan acara pelancaran ekspedisi terbaharu KE7B itu secara terbuka menyatakan komitmen sumbangan peribadi beliau.

“Saya dengan ini mengumumkan sedia beri sumbangan sebanyak RM100,000 untuk projek ini,” jelas beliau sekali gus memeranjatkan hadirin ketika berucap pada majlis tersebut di Bangunan Perdana Putra di sini pada Jumaat.

Ahmad Zahid turut berharap baki sebanyak RM60,000 lagi dapat diusahakan pihak KE7B menerusi dana tajaan pelbagai pihak demi memastikan misi nasional berkenaan mampu menjadi kenyataan menjelang akhir tahun ini.

“Saya berharap mungkin pihak KE7B boleh cari lagi penaja. Ini bukan permintaan tetapi arahan,” kata Ahmad Zahid secara berseloroh merujuk kepada usaha gigih dilakukan penasihat kelab itu, Datuk Akmar Hisham Mohd. Yusof.

Beliau kemudian pada akhir ucapan turut memimpin bacaan doa selamat sambil tiga kali melafazkan ayat ‘kejayaan’ dalam bahasa Arab buat Penjelajah Negara yang juga Presiden KE7B, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin.

Ahmad Zahid selepas itu menyerahkan bendera Jalur Gemilang kepada penjelajah tersebut yang mesra disapa dengan nama Qobin sebagai simbolik menyempurnakan misi terakhir Kutub Selatan dari 15 hingga 31 Disember ini.

Baca: Qobin Bakal Ski Antartika Lengkap Misi 7 Benua

Anak jati Lembah Pantai di ibu negara itu dijadualkan berlepas ke Punta Arenas, Chile sebelum memulakan misi eksplorasi pada 19 Disember dan dijangka menamatkan penjelajahan selewat-lewatnya pada 27 Disember depan.

“Saya berharap selepas ini KE7B dapat lahir 20 orang lagi penjelajah seperti Qobin,” tegas beliau mahu usaha kelab itu menjadi motivasi buat generasi muda meletakkan nama Malaysia dalam kelompok 20 negara terbaik segala bidang.

Ekspedisi secara ski sejauh 110 kilometer dan bakal mengambil masa selama tujuh hari itu dijangka ‘memahat’ nama Qobin untuk menjadi rakyat Malaysia yang pertama berjaya menamatkan misi ekspedisi ekstrem di seluruh dunia.

Ini kerana beliau sudah melengkapkan cabaran penjelajahan di pelbagai negara bermula dengan misi ‘Tujuh Puncak Tujuh Benua’ sedekad lalu dan terkini menyudahkan ekspedisi berski di titik 0 darjah Kutub Utara pada April lalu.

Untuk menerima status elit ini, seseorang perlu selesai menakluk tujuh puncak tertinggi di tujuh benua selain dua kutub. Setakat ini hanya 70 orang dari seluruh dunia sudah mencatatkan nama sebagai penjelajah Grand Slam.

Untuk rekod, ekspedisi kali ini juga ialah projek antarabangsa kali kesembilan dijayakan oleh KE7B sejak 2009 termasuk misi jelajah di 23 buah negara, Renang Selat Inggeris, Everest Felda 2013 dan Merentas Greenland.

Pihak KE7B setakat ini berjaya melahirkan 24 ikon sukan ekstrem. Jika berjaya, Qobin juga menjadi orang Islam ketiga dan termuda di dunia diiktiraf badan penjelajah sebagai Explorers Grand Slam atau Penjelajah Grand Slam.

Pada 20 April, tiga peserta KE7B melakar sejarah menamatkan misi 0 darjah Utara hanya dalam tempoh enam hari iaitu lima hari awal dan kebetulan ketika hari ulang tahun kelahiran Qobin ke-35. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: KE7BKelab Eksplorasi 7 BenuaMuhammad Muqharabbin MokhtarrudinQobin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tempat Pelancongan Basikal ‘Gula-Gula’ PRK Semenyih

14/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Cadangan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menjadikan Semenyih sebagai tempat pelancongan...

AS Puji Kejayaan Qobin Raih Gelaran Grand Slam

21/01/2018
0

KUALA LUMPUR - Pencapaian penjelajah negara Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin, atau lebih dikenali sebagai Qobin yang menjadi Penjelajah Grand Slam pertama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd