• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebocoran Data Ketika Proses Transaksi Data

oleh Ahmad Albab
16/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kebocoran data peribadi 46.2 juta pelanggan nombor telefon mudah alih di negara ini dipercayai berlaku semasa proses pemindahan data di sebuah syarikat telekomunikasi, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata perkara itu berlaku ekoran beberapa pekerja syarikat tersebut dipercayai cuba mengambil kesempatan ketika membuat proses pemindahan data berkenaan.

“Saya tidak pasti apa tujuan mereka mengambil data itu tetapi kami menjumpai beberapa petunjuk baharu (kes ini) termasuklah mengenal pasti suspek yang terlibat.

“Kami dapat sedikit gambaran bagaimana transaksi data itu boleh terlepas kepada pihak tidak berkenaan tetapi kawalan keselamatan dalaman telah dibuat oleh pihak bertanggugjawab,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan penutupan perhimpunan pegawai awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM Cheras, di sini hari ini.

Mohamad Fuzi berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman sedang menyiasat kes itu bersama-sama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Pada 1 Nov lepas, MCMC mengenal pasti sumber yang mungkin menjadi punca kebocoran data peribadi 46.2 juta pelanggan nombor telefon mudah alih di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata siasatan sedang dilakukan MCMC dengan kerjasama polis agar tindakan segera dapat diambil untuk menyelesaikan isu itu. – BERNAMA

Tags: Mohamad Fuzi Harun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muhyiddin Saksi Penyerahan Tugas Ketua Polis Negara

03/05/2019
0

KUALA LUMPUR - Majlis serah terima tugas jawatan nombor satu Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu disaksikan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin...

PDRM Akan Berjumpa PM Bantah IPCMC

03/05/2019
0

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengatur pertemuan dengan Perdana Menteri bagi menyampaikan bantahan terhadap hasrat untuk memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd