• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Mungkin Umum Cuti Jika JDT Juara Piala Malaysia

oleh AK-47
01/11/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA ISKANDAR – Kerajaan Johor tidak menolak kemungkinan mengumumkan Ahad ini sebagai cuti khas peristiwa di negeri itu sekiranya pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala Malaysia 2017.

Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani berkata langkah itu dibuat sebagai menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selain menghargai kegigihan pasukan Harimau Selatan dalam usaha merangkul piala berprestij tersebut.

“Jika JDT berjaya meraih kemenangan, pengisytiharan itu adalah sebagai rakaman ucapan terima kasih kepada para pemain serta para penyokong yang telah berjaya membawa pulang kejuaraan tersebut buat pertama kalinya sejak 25 tahun.

“Ia juga sebagai menghargai sokongan padu rakyat Johor kepada pasukan JDT sehingga membolehkan pasukan itu mencipta kejayaan demi kejayaan selama ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya Sultan Johor mahukan rakyat diberi makluman awal mengenai pengisytiharan itu kerana ingin memudahkan mereka membuat persediaan dalam mengurus pekerjaan serta kegiatan harian lain memandangkan Ahad merupakan hari bekerja di Johor.

Azmi turut menyeru semua peminat sukan bola sepak Johor agar turun beramai-ramai memenuhi Stadium Shah Alam pada Sabtu ini bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan JDT.

“Marilah kita tunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi serta semangat kesukanan yang tinggi demi memastikan lakaran sejarah kejayaan pasukan kita dapat direalisasikan pada pertemuan akhir itu,” katanya, sambil menasihati penyokong agar menghormati peminat pasukan lain. – BERNAMA

Tags: Datuk Azmi Rohani
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ketua Hakim Raus Sharif Dilantik Penaung PARFUM

Next Post

Negara Perlukan Penjawat Awam Berfikir Luar Kotak

Related Posts

Bantuan Aidilfitri Kakitangan Awam Johor 28 Mei

03/05/2018
0

JOHOR BAHRU - Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 yang diumumkan kerajaan Johor kepada penjawat awam negeri pada pembentangan Bajet...

Johor Rombak 23 Pegawai Tadbir Negeri

26/10/2017
0

KERAJAAN Negeri Johor melakukan rombakan baru terhadap 23 Pegawai Tadbir negeri berkuat kuasa antara bulan ini dan November depan. Setiausaha...

Next Post

Negara Perlukan Penjawat Awam Berfikir Luar Kotak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd