• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaga Keharmonian Dan Persefahaman Antara Agama

oleh Ahmad Albab
01/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak umat Islam mempertahankan kesucian agama Islam serta sentiasa menjaga keharmonian dan kesefahaman antara agama yang telah lama dibina di negara ini.

Perdana Menteri yakin bahawa sikap persefahaman dan toleransi yang menjadi amalan selama ini tetap menjadi tunjang utama kepada kesatuan rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini.

Bagi mensyukuri nikmat keharmonian yang dikecapi, beliau mengajak umat Islam untuk mengambil iktibar kejadian letupan bom di Masjid Ar-Raudhah, Sinai Utara, Mesir ,yang mengorbankan 235 nyawa baru-baru ini.

“Kita merakamkan ucapan takziah ke atas keluarga mangsa dan mengutuk sekeras-kerasnya pengeboman tersebut. Kita juga akan terus menyuarakan sokongan terhadap nasib saudara Islam kita yang ditindas seperti di Palestin dan etnik Muslim di Rohingya.

“Marilah kita berdoa semoga Allah SWT mengurniakan ketabahan dan keteguhan iman bagi saudara-saudara kita yang diuji dengan keperitan di mana sahaja mereka berada,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Maulidur Rasul 1439H esok, yang dimuatkan di laman blog najibrazak.com.

Mengulas tema Maulidur Rasul tahun ini, ‘Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara’, Najib berkata makna perpaduan itu adalah sangat penting sebagai penghayatan yang dapat diterjemahkan dalam bentuk kesatuan yang dimulakan dengan pembinaan asas dalam institusi kekeluargaan sehingga dapat menyemai semangat patriotisme dalam diri.

“Kita sentiasa istiqamah dalam melakukan transformasi menuju sebuah negara Islam yang maju dan progresif menjelang Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang berasaskan Maqasid Syariah serta berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri turut mengajak umat Islam untuk mencontohi akhlak, sifat dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW dalam pelbagai aspek kehidupan.

“Kita selaku umat Nabi Muhammad SAW wajar untuk sentiasa mengenang perjuangan Baginda dalam menyebarkan dakwah Islam. Hasil perjuangan dakwah Baginda Rasulullah SAW dan pengorbanan para sahabat Baginda, maka kita dapat mengecapi nikmat iman dan Islam pada hari ini,” katanya.

Najib berkata umat Islam mesti berpegang teguh dengan seluruh seruan dan akhlak Rasulullah SAW untuk menyelamatkan dunia yang sedang dihimpit oleh pelbagai kezaliman dan kerosakan akibat perbuatan manusia yang jauh dari hidayah Allah SWT.

Beliau berharap dengan sambutan Maulidur Rasul dan komitmen perpaduan rakyat, Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati negara yang tercinta ini dalam mencapai ‘Par Excellence’ duniawi dan ‘Par Excellence’ ukhrawi.

“Insya-Allah. Salam Maulidur Rasul 1439H/2017M,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd