• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Izzue Dimarah Kerana Watak Jahat, Follower Makin Kurang

oleh
12/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANYA kerana melakonkan watak jahat dalam drama Patahnya Sebelah Sayap, Izzue Islam dikatakan telah dimarahi oleh seorang peminat.

Khabarnya ketika kejadian, Izzue sedang menghadiri sebuah majlis hiburan dan secara tiba-tiba, seorang lelaki tua yang terlalu obses dengan watak antagonisnya dalam drama tersebut telah ‘menyerang’ dirinya.

“Saya terkejut apabila seorang pakcik datang dan memarahi saya kerana jadi jahat seperti dalam drama itu. Dia nasihatkan saya supaya tidak buat seperti itu dalam kehidupan sebenar.

“Pada mulanya agak bimbang kerana pengurus saya tidak berada bersama ketika itu, tapi kejadian itu sekejap sahaja dan dia kemudian berlalu pergi,” ujarnya kepada mStar Online.

Terkini, Izzue bakal membintangi sebuah filem Pailang JB dan sekali lagi dia bakal membawa watak buruk sebagai seorang gengster.

Pelakon dan penyanyi berusia 27 tahun itu mengakui bahawa ramai peminatnya tidak menggemari jika dia membawa watak sebagai orang jahat.

“Seperti drama Patahnya Sebelah Sayap saya lihat ramai juga yang marah-marah di Twitter dan ramai yang ‘unfollow ‘ di Instagram.

“Saya sedar pengikut berkurangan kerana mungkin terkesan dengan perkara itu, maklumlah selalu saya bawa cerita yang baik-baik,” tambahnya.

Tambahnya lagi, watak keduanya sebagai antagonis bakal ditayangkan menerusi telefilem Jongkong pada malam Ahad ini di Astro Ceria.

Menurutnya lagi, filem PailangJB telah menarik minatnya kerana tawaran yang diberikan disebabkan dia banyak melakonkan watak aksi dan perlumbaan kereta.

Dia juga mengakui bahawa dia kini sudak memasuki beberapa kelas latihan mempertahankan diri sebelum memulakan penggambaran filem tersebut.

“Dalam filem ini saya membawakan watak budak kolej yang suka berlumba dan banyak babak pertarungan dan lumba kereta.

“Ini kali pertama saya ditawarkan watak seperti ini dan sudah tentu cabaran utama adalah perlu belajar seni mempertahankan diri,” ujarnya lagi.

Selain berlakon, Izzue juga kini semakin bergiat aktif dalam bidang nyanyian bersama dengan ahli kumpulan Forteen yang lain.

Namun, dalam masa yang sama, Izzue juga telah bergelar usahawan apabila dia kini sudah mengeluarkan koleksi kurta dan tudung di bawah jenamanya sendiri iaitu Izzuecxlusive. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: antagonisIZZUE ISLAMmarahmenyanyiusahawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Pertahan Negara, Hanya Orang Bodoh Marah PMX- Ismail

PMX Pertahan Negara, Hanya Orang Bodoh Marah PMX- Ismail

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr. Ismail Salleh berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mempertahankan negara...

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

15/09/2025
0

SHAH ALAM: Seorang lelaki bertindak agresif dan mencetuskan pergaduhan selepas ditegur merokok di sebuah restoran di Seksyen 13, di sini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd