• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Integriti Perlu Difahami Secara Menyeluruh

oleh Ahmad Albab
29/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isu íntegriti bukan sahaja sinonim dengan amalan rasuah atau sogokan tetapi merangkumi juga salah guna kuasa seperti yang termaktub di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia juga tidak terhad kepada penjawat awam mahupun ahli politik semata-mata.

“Rasuah hanyalah sebahagian kecil dalam integriti dan tadbir urus yang baik sedangkan banyak perkara lain yang menyalahi konsep integriti yang perlu diperbetulkan.

“Amat penting untuk setiap lapisan masyarakat memahami konsep integriti secara menyeluruh kerana ia mampu mengelak salah laku atau salah guna kuasa yang boleh mencalar imej individu, jabatan atau agensi terlibat,” kata Dr Anis Yusal Yusoff, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI).

Beliau berkata demikian kepada Bernama pada majlis Dialog Integriti ASEAN 2017 (AID 2017), di institut berkenaan baru-baru ini.

BERI KEFAHAMAN DARI USIA MUDA

Dalam menangani isu yang membabitkan salah laku dan salah guna kuasa ini, amat bertepatan sekali langkah yang diambil oleh INTEGRITI selaras dengan peribahasa “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Sebagai usaha memperluas serta mempertingkatkan kefahaman masyarakat berhubung integriti di setiap peringkat, Anis Yusal berkata antara inisiatif pendidikan integriti yang terbaru dijalankan ialah memperkenalkannya di peringkat pra sekolah.

Menurut beliau, pihaknya membangunkan Modul Integriti Prasekolah (MIPs) sebagai projek perintis di beberapa buah tadika di Lembah Klang dan Terengganu.

Inisiatif yang bermula akhir 2016 dibuat secara kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan melibatkan prasekolah yang dikendalikan kementerian.

Ia memberi fokus kepada konsep penceritaan bersifat pembelajaran yang menyeronokkan untuk memudahkan pemahaman dan secara langsung turut menerapkan elemen nilai murni dalam kehidupan seharian.

“Ujian perintis dijalankan di 11 buah tadika di Lembah Klang dan Terengganu. Kami bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam membangunkan modul yang bersesuaian untuk diterapkan dalam proses pembelajaran.

“Ia bukan subjek khas sebaliknya nilai tambahan dalam subjek yang diajar. Ia juga diselarikan dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang sedia ada. Jika kita lihat dalam kurikulum tadika yang ada sekarang, majoritinya fokus untuk menjadikan anak pandai membaca dan mengeja, tetapi dalam konteks mendidik dengan nilai-nilai murni, agak kurang,” katanya.

Beliau turut berkata inisiatif berkenaan diharap dapat membantu dalam memupuk dan membudayakan integriti di peringkat awal.

Ibu bapa turut perlu memainkan peranan dalam mempamer contoh yang baik kepada anak.

“Perlu diingat pendidikan integriti ini perlu bermula dari rumah. Ibu bapa perlu memainkan peranan dan tidak boleh semata-mata mengharapkan cikgu di sekolah sahaja. Ringkasnya, ia memerlukan kerjasama semua pihak.

“Jika cikgu di sekolah mengajar tentang integriti tetapi di rumah ibu bapa menunjukkan nilai yang tidak baik, pasti akan timbul kekeliruan kepada anak,” katanya sambil menambah peranan media juga amat besar dalam membantu menyebarluaskan isu berkaitan integriti agar dapat difahami semua pihak.

PENGALAMAN FILIPINA

Ketika berkongsi pandangan, seorang panel dialog berkenaan dari Filipina, Penolong Ombudsman Maklumat Pendakwaan, Khidmat Penilaian dan Pemantauan, Maribeth T. Padios berkata pendidikan awal mengenai integriti boleh membantu seseorang individu menjalankan amanah dan tugas dengan baik apabila melangkah ke alam pekerjaan.

“Kita perlu mendidik integriti pada usia muda supaya nilai murni ini sudah ada dalam diri individu ketika dia memasuki dunia pekerjaan. Pada masa itu kita tak perlu lagi nak ajar apa yang betul dan apa yang salah kerana dia sudah tahu makna integriti.

“Bagi saya integriti faktor amat penting untuk tadbir urus yang baik. Setiap orang terutamanya yang berkhidmat untuk orang ramai mempunyai nilai integriti bukan kerana mereka diberi gaji tetapi itu adalah yang sewajarnya dilakukan, ” katanya.

Menurut beliau, di Filipina juga ada dijalankan beberapa program berkaitan integriti, contohnya program anti rasuah yang melibatkan penyertaan orang awam termasuk organisasi swasta.

Dalam pembentangan bertajuk ‘Mapping Solutions: Effective Tools for Improving Public Services – The Philippines Experiences’, Maribeth turut berkongsi bahawa tadbir urus, akauntabiliti dan penyampaian perkhidmatan awam adalah saling berkait.

Beliau berkata adalah penting untuk kerajaan fokus kepada penyampaian perkhidmatan awam kerana rakyat sering kali melihat sektor berkenaan sebagai ‘pembekal perkhidmatan’ dan mereka membayar cukai untuk mendapatkannya.

“Rakyat pada masa ini lebih sedar tentang hak mereka, dan mudah mendapat maklumat tentang perkhidmatan awam dan semestinya mahu khidmat yang lebih baik. Hakikatnya sektor awam dinilai daripada kecekapan perkhidmatan dan bukan berapa banyak hasil yang diperoleh atau pekerjaan yang disediakan.

“Perubahan tadbir urus yang baik yang dilaksanakan di Filipina yang kini menjadi alat berkesan untuk membaiki perkhidmatan awam termasuk sistem pemantauan kerenah birokrasi, sistem indeks kepuasan rakyat (CSIS) dan penggunaan sumber teknologi seperti insfrastruktur komunikasi, ” katanya.

“Kami juga mempunyai perkhidmatan yang membolehkan orang ramai membuat laporan serta-merta, membuat pertanyaan, aduan atau memberi komen atau cadangan tentang perkara berkaitan kerajaan menerusi SMS yang dipanggil TXT CSC,” katanya sambil menambah TXT CSC menerima purata 1,000 hingga 1,500 mesej sebulan.

Perkhidmatan secara e-government turut digunakan dalam pentadbiran awam terutama bagi tujuan pengurusan penyelarasan data serta meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan pengembangan saluran komunikasi.

“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggap e-government sebagai alat berkesan untuk perkhidmatan awam kerana ia meningkatkan kebertanggungjawapan dan ketelusan. Berdasarkan kajian 2016 UN E-Government Survey, Filipina kini berada di tempat 71 daripada 193 negara, naik 24 anak tangga dari aspek pembangunan e-government.

“Filipina memperoleh markah tinggi dalam E-Government Development Index (EDGI), dengan jumlah 0.58 dari markah penuh 1, menewaskan negara jiran Asia yang lain. Purata global ialah 0.5,” katanya.

AID 2017

AID 2017 adalah yang ketiga diadakan selepas 2008 dan 2015 dengan tema pada kali ini ‘Reinventing Good Governance Through Universal Values’ (Memupuk Tadbir Urus Baik Melalui Nilai-Nilai Sejagat).

Tiga objektif utama AID 2017 ialah membincang dan berkongsi pengetahuan, pengalaman serta pengajaran mengenai peranan nilai sejagat dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, menyediakan platform untuk bertukar idea dan tindakan untuk memupuk nilai sejagat dan mempromosikan komuniti ASEAN yang inklusif di samping mengukuhkan rangkaian strategik dan persekutuan antara institusi dan individu yang integriti juara di negara ASEAN.

AID 2017 diharap menjadi landasan kukuh bagi negara anggota ASEAN meningkatkan kerjasama dan pemahaman bagi tadbir urus yang baik melalui penerapan nilai sejagat, promosi budaya kerjasama, keamanan dan keharmonian di rantau ini
Program dialog ini melibatkan panel dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Laos, Vietnam, Kemboja dan Singapura.

Kira-kira 200 peserta terdiri daripada pembuat dasar, pengamal tadbir urus, cendekiawan dan pihak terlibat dari sektor swasta, masyarakat sivil serta pelajar hadir pada majlis berkenaan. – BERNAMA

Tags: Integriti
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Didakwa Sembunyi Nikah, Ini Jawapan Fattah Amin

Next Post

Hari Terakhir Di Sinar, Shuib Teman Sarah Di Hospital

Related Posts

Gilbert Cinhin Ketua Balai Polis Gita

19/12/2018
0

KUCHING - Inspektor Gilbert Cinhin Simunga dilantik sebagai Ketua Polis Balai Gita yang baharu, berkuat kuasa hari ini. Gilbert sebelum...

Graduan USIM Diingatkan Tanam Integriti, Amanah

28/11/2018
0

NILAI - Graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diingatkan agar menanamkan aspek integriti dan amanah dalam pekerjaan kerana ia amat...

Next Post

Hari Terakhir Di Sinar, Shuib Teman Sarah Di Hospital

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd