• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Gunting Rambut Berapi… Anda Berani Cuba?

oleh AK-47
01/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEBIASAANNYA, peralatan seperti sikat, gunting dan mesin pemotong rambut sudah menjadi benda wajib yang boleh ditemui di kebanyakan kedai gunting rambut.

Bagaimanapun, lain pula caranya di sebuah kedai gunting rambut ini apabila menggunakan metod berbeza sehingga menarik perhatian ramai netizen di media sosial.

Percaya atau tidak, tukang gunting rambut di sebuah kedai di utara tanah air dikatakan menggunakan api untuk menggunting rambut pelanggannya.

Mungkin bunyinya seperti sesuatu yang pelik namun itulah kemahiran pemilik kedai Armin barber shop & pomades yang dikenali sebagai Amir Mazli. 

Pemuda ini dikatakan sangat mahir menggunakan api untuk menggunting rambut!

Menerusi rakaman video berdurasi satu minit 29 saat, ia menunjukkan bagaimana Amir melakukan demonstrasi kepada salah seorang pelangganya menggunakan teknik api.

Amir pada mulanya dilihat meletakkan sejenis cecair seperti minyak ke atas rambut pelanggannya itu sebelum menggaulnya.

Dia kemudian menyalakan api dengan menggunakan pemetik api, membuatkan rambut pelanggannya itu terbakar sambil disemburkan air.

Lalu rambut yang masih berasap itu terus disikat secara rapi berkali-kali sehingga menjadi kemas, membuatkan netizen yang melihat aksi itu terus kagum dengan teknik itu.

“Fuh! Dah macam nak goreng char kuew tiow, tapi stlye jugak mamat ni buat, kemas,” komen seorang netizen.

Menurut Amir, teknik gunting rambut berapinya itu begitu menarik perhatian pelanggan yang terdiri daripada golongan muda, apatah lagi ia merupakan yang pertama di Malaysia.

Difahamkan, kaedah ‘bakar rambut’ ini juga dapat meluruskan rambut yang tersimpul dan pada masa sama mematikan hujung akar rambut yang tidak sihat.

Malah jika ia dilakukan pada rambut panjang, ia mampu meluruskan rambut sehingga enam bulan dan tiga bulan buat rambut pendek.

Apa pendapat anda, adakah anda ingin mencuba teknik gunting rambut berapi yang terletak di  Plaza Ivory di Bukit Gambier, Penang ini?

Apa-apa pun kemahiran yang dipaparkan oleh tukang gunting rambut ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang cukup terlatih sahaja, jangan tiru dirumah pulak ya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: gunting rambut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Lapor Polis Potongan Rambut Tak Lawa

19/05/2021
0

BEIJING - Kecewa dengan gaya potongan rambutnya, seorang kanak-kanak lelaki membuat laporan polis berhubung perkara itu. Global Times melaporkan, kanak-kanak...

Gunting Rambut Naik Harga Sehingga RM10 Selepas PKP

16/06/2020
0

Salon dan kedai gunting rambut Malaysia dijangka akan mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan sebanyak RM5 hingga RM10, kerana keperluan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd