• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Gerakan Memahami Pulau Pinang – Mah

oleh Ahmad Albab
12/11/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Tiada siapa yang memahami Pulau Pinang dengan lebih baik berbanding Gerakan,” kata Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Mah berkata sepanjang kepimpinan Gerakan di Pulau Pinang selama 39 tahun, parti berkenaan telah mentadbir urus negeri yang dikenali sebagai “Pulau Mutiara” itu dengan baik termasuk memastikan kelestarian alam sekitar dijaga dengan baik.

Berucap pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-46 parti tersebut hari ini, beliau berkata kepimpinan Lim Guan Eng dan DAP di Pulau Pinang telah mengabaikan kesinambungan pembangunan dan alam sekitar.

Beliau mendedahkan semasa pemerintahan Tan Sri Koh Tsu Koon, hanya lapan projek perumahan yang diluluskan dan sejak DAP mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri, 39 projek telah diluluskan.

“Ini ialah lebih daripada empat kali ganda daripada apa yang telah diluluskan oleh pimpinan sebelumnya. Sudah-sudahlah menuding jari. Kamu sebagai kerajaan, kena bertanggungjawab,” katanya.

Beliau merujuk kepada insiden tanah runtuh dan banjir terburuk yang berlaku di negeri itu baru-baru ini.

Tambahnya lagi, Pulau Pinang yang dulu mutiaranya bersinar, kini semakin malap dan beliau berjanji untuk mengembalikan sinarnya apabila Gerakan kembali mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri itu.

“Pulau Mutiara kini sedang menangis. Kita akan pastikan Gerakan akan kembali ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, dan negeri Pulau Pinang akan pasti bersinar kembali,” katanya.

Beliau juga berkata kerajaan negeri Pulau Pinang tidak pernah ikhlas memimpin dan tidak pernah memandang serius terhadap isu-isu tempatan yang sering kali memberi kesan paling besar kepada pengundi-pengundi seperti di Pulau Pinang.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah gagal dalam pembangunan mampan kerana selalunya dilanda kejadian tanah runtuh dan banjir seperti di Tanjung Bungah dan mereka turut gagal dalam aspek perumahan kerana terdapat kekurangan rumah mampu milik dan membangunkan ekonomi di Pulau Pinang menyebabkan mereka jauh ketinggalan,” katanya. – BERNAMA

Tags: GerakanPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

13/11/2025
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak gentar biarpun terpaksa berdepan laluan...

Pengarah Jabatan Disyaki Salah Guna Kuasa Ditahan SPRM

Pengarah Jabatan Disyaki Salah Guna Kuasa Ditahan SPRM

26/08/2025
0

GEORGE TOWN- Seorang pengarah jabatan kerajaan di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kerana disyaki menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd