• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Halang Penjawat Awam: Lelaki Dipenjara 5 Bulan

oleh AK-47
14/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Gara-gara menyembur cecair pemedih mata ke arah seorang penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kerana berang keretanya dikunci dan ditunda, seorang lelaki dipenjara lima bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Majistret Nurulhuda Zakariya menjatuhkan hukuman itu terhadap Leng Wan Kwan, 50, selepas dia mengaku bersalah dengan sengaja menggunakan kekerasan jenayah bagi menghalang penjawat awam iaitu penguat kuasa MPSJ, Norsafuan Nordin, 31, daripada menjalankan tugas.

Leng melakukan perbuatan tersebut di tempat letak kenderaan, di Jalan Puteri 1/4, Bandar Puteri, di sini, pada jam 12.40 tengah hari, 7 Novlepas.

Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu dipenjara bermula hari ini dan dipenjara tiga bulan lagi sekiranya gagal membayar denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Natasya Chin Le Jy memohon hukuman setimpal berbentuk pemenjaraan dengan alasan sejak kebelakangan ini kes-kes sebegini semakin berleluasa.

“Kes ini adalah kes yang serius dan ketika kejadian pengadu mengalami kesukaran untuk bernafas ketika diserang oleh tertuduh,” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh, yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan dengan alasan dia kini tidak bekerja kerana baru sahaja menjalani pembedahan mata.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, kereta pengadu telah dikunci dan ditunda oleh penguat kuasa kerana meletakkan kenderaan di tempat yang salah.

Tertuduh, yang berang dengan tindakan tersebut, bertindak menyembur mata mangsa dengan menggunakan cecair pemedih mata yang menyebabkan pengadu mengalami kesukaran bernafas dan pedih mata. – BERNAMA

Tags: dendadipenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Cederakan Rakan, Masukkan Serbuk Cili Dalam Seluar, Wanita Dipenjara 15 Tahun, Denda

Cederakan Rakan, Masukkan Serbuk Cili Dalam Seluar, Wanita Dipenjara 15 Tahun, Denda

23/10/2025
0

Kuala Lumpur: Seorang wanita warga Indonesia dihukum penjara 15 tahun dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd