• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Telefon Bimbit Memandu Punca Kemalangan

oleh Ahmad Albab
12/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati kebanyakan pemandu di negara ini mengakui bahawa penggunaan telefon bimbit ketika memandu merupakan faktor penyumbang kepada kemalangan jalan raya, kata Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata majoriti rakyat Malaysia juga bersetuju penggunaan telefon bimbit ketika memandu boleh mempengaruhi tingkah laku pemanduan serta membahayakan diri mereka dan orang lain, namun mereka masih berbuat demikian.

Katanya, Miros melakukan kajian rawak pada tahun lalu terhadap 300 responden di Lembah Klang yang mendapati 43.4 peratus pengguna jalan raya menggunakan telefon bimbit ketika memandu kereta dan membonceng motosikal manakala 61.7 peratus pemandu menerima atau membuat panggilan telefon ketika memandu sekurang-kurangnya satu hingga tiga kali seminggu.

Selain itu, kajian itu juga mendedahkan 53.6 peratus pemandu menggunakan telefon bimbit ketika terperangkap di dalam kesesakan jalan raya; 53 peratus pemandu menaip teks ketika memandu sekurang-kurangnya satu hingga tiga kali seminggu dan 61.7 peratus pemandu menerima atau membuat panggilan telefon ketika memandu sekurang-kurangnya satu hingga tiga kali seminggu, katanya.

Lee berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Road Safety Run 2017, anjuran Miros dan Uber bersempena ulang tahun ke-10 penubuhan MIROS di sini hari ini.

​Justeru, beliau berpendapat walaupun responden mengakui penggunaan telefon bimbit merupakan antara punca kemalangan, namun mereka enggan berubah sikap, kurang displin dan degil meneruskan tabiat itu, sekaligus meningkatkan risiko jalan raya.

“Segala-galanya berpunca daripada sikap masing-masing. Saya berpendapat penguatkuasaan undang-undang jalan raya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia di negara ini perlu dipertingkatkan lagi bagi memastikan pemandu memandu dengan mengikut peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.

“Miros mendapati budaya dan sikap pemandu memang merupakan trend pada masa kini dan Miros akan menjalankan lebih banyak lagi kempen kesedaran kepada pengguna jalan raya,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Lee berkata Miros berhasrat untuk menjadikan larian sebagai acara tahunan sebagai antara usahanya mempelbagai kempen kesedaran keselamatan jalan raya, selain acara larian merupakan platform terbaik untuk menyampaikan maklumat secara terus kepada rakyat.

Lebih 2,000 peserta menyertai acara larian yang terbahagi kepada dua kategori iaitu tiga kilometer dan 10km. – BERNAMA

Tags: kemalangantelefon bimbit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penjawat Awam Johor Terima Imbuhan Lebih RM1,500

Next Post

Anggota Puteri Perlu Ada Konsep 6K Hadapi PRU14

Related Posts

Mangsa Kemalangan Hubungi Ibu Setengah Jam Sebelum Kemalangan

Mangsa Kemalangan Hubungi Ibu Setengah Jam Sebelum Kemalangan

11/08/2025
0

GUA MUSANG: "Ibu saya baru berhubung 30 minit dengan adik sebelum kami sekeluarga dikejutkan dengan berita adik, abang serta anak...

Warga Emas Lemas Selepas Motosikal Jatuh Dalam Parit

Warga Emas Lemas Selepas Motosikal Jatuh Dalam Parit

26/07/2025
0

Seremban: Lelaki warga emas maut dipercayai akibat lemas selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke dalam parit di Ladang Linggi Sv Guthrie,...

Next Post

Anggota Puteri Perlu Ada Konsep 6K Hadapi PRU14

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd