• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fattah Tidak ‘Kayu’ Lagi, Fazura Elak Berlakon Sama

oleh
07/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK digandingkan bersama dalam drama Hero Seorang Cinderella (HSC), Fattah dan Fazura kini tidak dapat lari daripada gosip mengenai ‘hubungan cinta’ mereka.

Selepas digandingkan buat kali kedua, kini Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura sendiri memuji dan mengakui bahawa mutu lakonan Fattah Amin semakin meningkat.

Mereka mula digandingkan dalan drama HSC dan drama itu telah menjadi fenomena selepas ramai peminat mengatakan mereka sedang hangat menjalinkan hubungan istimewa.

Bagi gandingan kedua menerusi supertelefilem Wanita Terakhir, Fattah semakin menunjukkan banyak peningkatan positif dalam gaya lakonannya.

“Prestasi lakonannya dalam supertelefilem ini sangat bagus. Ternyata dia bukan pelakon ‘kayu’ lagi. Saya bangga dengan peningkatan lakonannya.

“Dulu saya sendiri bukannya pandai berlakon, tetapi seiring dengan pengalaman yang diperoleh, kita belajar untuk menjadi lebih baik.

“Saya nampak dia bekerja keras untuk memberikan yang terbaik dalam kerjaya lakonan. Dia juga bersikap terbuka untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

“Kualiti itulah yang patut ada dalam diri seseorang pelakon, iaitu keinginan untuk belajar,” kata Fazura dipetik daripada BH Online.

Dalam masa sama, Fazura turut memberitahu Astro Gempak bahawa kemunculannya bersama Fattah dalam supertelefilem itu merupakan gandingan mereka yang terakhir.

Bagi pelakon berusia 34 tahun itu, dia akan mengelak untuk digandingkan bersama dengan Fattah sekurang-kurangnya sehingga pertengahan tahun hadapan.

“Saya boleh katakan, ini adalah projek terakhir kami digandingankan bersama untuk tahun ini. Saya mahu bergandingan dengan pelakon dan hero lain pula untuk tahun hadapan.

“Jadi tiada gandingan kami bersama lagi dalam masa terdekat. Kami tidak mahu penonton bosan jika asyik lihat kami berlakon sebagai pasangan kekasih sahaja.

“Ini adalah kelainan yang cuba kami tampilkan kepada peminat. Peminat boleh lihat kami dalam watak dan situasi berbeza kali ini di mana kami bukan sekadar jual kisah cinta semata-mata,” katanya.

Tambah pelakon filem Ayat Ayat Cinta 2 itu, tujuannya untuk mengelak daripada berlakon bersama dengan Fattah ialah untuk memberi ruang kepada mereka sendiri dalam berkarya bersama hero atau heroin yang lain.

Selain itu, tindakan itu merupakan strategi dalam lakonan dan Fazura juga tidak mahu peminat muak apabila sering melihat mereka bersama di kaca televisyen.

“Ini strategi saya dalam lakonan dan saya tidak mahu peminat muak kerana sering melihat kami bersama,” tambahnya.

Bagus juga keputusan Fazura ni. Sebagai pelakon, mesti mereka mahu bekerjasama dengan ramai pelakon yang lain kan. Kalau asyik Fazura dengan Fattah je tak best juga.

Ramai lagi pelakon yang hebat sedang menunggu untuk digandingkan dengan Fazura. Maklumlah, Fazura ni boleh dikatakan sebagai heroin pujaan ramai. – MYENWSHUB.CC / AH

Tags: Ayat Ayat Cinta 2Fattah Aminfazurapelakon kayu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aishah Nafi Tiada Pihak Mahu Taja Dalam GV4

Next Post

Najib Lawat Mangsa Banjir Di Permatang Pauh

Related Posts

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

07/10/2024
0

SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun, pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah...

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

13/09/2024
0

Kuala Lumpur: Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari,...

Next Post

Najib Lawat Mangsa Banjir Di Permatang Pauh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd