• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lagi Bot Nelayan Vietnam Ditahan MARITIM

oleh
10/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menahan dua bot nelayan Vietnam bersama 23 kru kapal termasuk tekong ketika sedang melakukan aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan negara, petang semalam.

Pengarah Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daud berkata, pihaknya telah menahan bot berkenaan antara pukul 12.05 tengahari dan 12.28 tengahari di kedudukan kira-kira 22 batu nautika Tenggara Tanjung Sedili, Kota Tinggi.

“Ketika melakukan rondaan, kita mengesan dua buah bot nelayan asing dalam keadaan yang mencurigakan sedang menjalankan kegiatan menangkap ikan secara haram di perairan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Amran berkata, kedua-dua bot nelayan dengan nama pendaftaran Azam Baru 1 dan Azam Baru 2 itu membawa muatan kira- kira empat tan ikan pelbagai jenis selain dua tan ikan baja.

Selain itu, beliau berkata pihaknya turut berjaya merampas beberapa peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM450,000.

“Bot nelayan asing Vietnam nama pendaftaran AZAM BARU 1 dan AZAM BARU 2 membawa 23 orang kru termasuk tekong dan awak-awak yang berusia lingkungan 19 hingga 55 tahun.

“Pihak kami turut merampas pelbagai peralatan menangkap ikan, kapal serta hasil tangkapan yang dalam anggaran bernilai lebih kurang kira-kira RM450,000.

“Bot tersebut ditahan dan ditunda ke Jeti Maritim Tanjung Sedili, dekat sini untuk tindakan siasatan selanjutnya,” ujarnya.

Tambahnya lagi, hasil siasatan mendapati kedua-dua bot berkenaan tidak memiliki sebarang lesen menangkap ikan manakala terdapat beberapa anak kapal yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Beliau berkata lagi, ini merupakan tangkapan yang kesembilan dibuat pada tahun ini melibatkan bot nelayan dan kes akan disiasat di bawah seksyen 15 (1) dan seksyen 16 (3) Akta Perikanan 1985.

“Ini adalah tangkapan kesembilan yang berjaya dilakukan oleh Daerah Maritim 7 bagi kes nelayan asing pada tahun ini.

“Kes disiasat di bawah seksyen 15 (1) dan seksyen 16 (3) Akta Perikanan 1985. Jika disabitkan kesalahan awak-awak boleh dikenakan denda RM 100,000 setiap seorang manakala tekong atau nakhoda akan dikenakan denda sehingga RM 1 Juta atau penjara tidak melebihi dua tahun,” tambahnya.

Dalam pada itu, Amran turut memberitahu pihaknya akan sentiasa berusaha dalam melipatgandakan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang maritim di perairan negara.

“Kita akan melipatgandakan operasi-operasi mengesan, menahan mempertingkatkan kawalan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang maritim di perairan negara bagi mereka orang luar untuk mematuhi undang-undang Malaysia,” katanya.

Sementara itu, beliau menyeru orang ramai khususnya nelayan tempatan untuk membuat laporan jika berlaku sebarang pencerobohan ke atas hasil laut negara dengan menghubungi Pusat Operasi Daerah Maritim Tanjung Sedili di talian 07-8916595.–MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Hari MalaysiaMaritim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harga Minyak Naik Sikit Sahaja Seminggu Ini

Next Post

Sabah Acuan Terbaik Konsep 1Malaysia

Related Posts

Maritim Aktifkan Carilamat Perlanggaran Dua Kapal Di Tanjung Balau

Maritim Aktifkan Carilamat Perlanggaran Dua Kapal Di Tanjung Balau

19/07/2024
1

KOTA TINGGI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Johor melaksanakan Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat), susulan insiden perlanggaran kapal MT...

42 Perjanjian Sempadan Darat, Maritim Dimeterai Malaysia Dengan Negara Jiran

42 Perjanjian Sempadan Darat, Maritim Dimeterai Malaysia Dengan Negara Jiran

16/07/2024
3

KUALA LUMPUR : Kementerian Luar mengesahkan Malaysia sudah menandatangani keseluruhan 42 perjanjian berkaitan sempadan dengan beberapa negara jiran setakat ini....

Next Post

Sabah Acuan Terbaik Konsep 1Malaysia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd