• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr. Mahathir Alami Sindrom ‘Post Power’

oleh AK-47
30/11/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat sebagai pemimpin yang mengalami sindrom pasca kuasa akibat terlalu lama menjadi perdana menteri, kata Mantan Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Hamid Awaludin.

Hamid berkata demikian selepas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu itu dilihat kerap menentang kesemua penggantinya termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi sehingga barisan pemimpin terkini, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya lagi, tempoh 22 tahun sebagai perdana menteri sepatutnya menjadikan beliau lebih matang dan mempunyai sensitivi yang tinggi, bukannya bersikap seperti kebudak-budakkan sehingga menjatuhkan kredibiliti beliau.

Hamid Awaludin dan Ketua pemuda Barisan Nasional Wilayah, Datuk Mohd. Razlan Muhammad Rafii dan Pengerusi Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Hazali Abu Hassan.

“Saya hairan beliau (Dr. Mahathir) yang merupakan seorang negawan yang baik tiba-tiba menyelar semua bekas pemimpin sebelum ini.

“Jika beliau berseteru dengan Najib, jangan kaitkan isu etnik demi kepentingannya, ini bukan sahaja penghinaan tetapi boleh merosakan hubungan baik antara dua negara,” kata bekas menteri Indonesia itu dalam sidang akhbar khas penghinaan Dr. Mahathir terhadap etnik Bugis, di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Dr. Mahathir yang baru-baru ini melabelkan keturunan Najib sebagai ‘lanun’ Bugis ketika berucap dalam satu perhimpunan anjuran parti pembangkang di Petaling Jaya pada 14 Oktober lalu.

Dalam pada itu Hamid menambah, etnik Bugis tidak akan menggesa Dr. Mahathir untuk memohon maaf dan mengatakan beliau  sewajarnya memiliki kesedaran sosial untuk berbuat demikian.

“Saya tidak berada dalam posisi menggesanya meminta maaf kerana saya tahu orang yang memiliki peradaban itu memiliki sensitiviti tinggi.

“Orang yang memiliki sensitiviti tidak perlu didorong meminta maaf tetapi melakukan sendiri,” katanya.

Keceluparan mulut Dr Mahathir itu turut menaikkan kemarahan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang memintanya membuat permohonan maaf kerana bukan sahaja menyinggung dan menghina suku Bugis di Malaysia, malah di Indonesia.

Malah, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut melakukan protes dengan mengadakan perhimpuan secara aman bagi membantan kenyataan bekas perdana menteri itu.

Sementara itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa kecewa serta memandang serius kenyataan menghina itu. Tuanku menggesa satu penyiasatan di bawah Akta Hasutan 1948 dilakukkan bagi mengenakan tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir. – MYNEWSHUB.CC

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd