• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP P.Pinang Lulus 8 Kali Ganda Projek Cerun Bukit

oleh AK-47
14/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Jumlah projek di cerun bukit diluluskan kerajaan DAP Pulau Pinang sejak mengambil alih pentadbiran negeri itu pada 2008 adalah lapan kali ganda lebih tinggi berbanding semasa di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum itu, kata Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

“Melalui apa yang kami bincang dalam jemaah menteri, kami diberitahu dalam jangka masa pendek kerajaan negeri DAP memerintah, jumlah perancangan di cerun-cerun bukit diluluskan mungkin tujuh hingga lapan kali ganda daripada apa yang diluluskan kerajaan (BN) dulu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, satu daripada punca bencana banjir yang dikenal pasti adalah rancangan-rancangan pembangunan diteruskan tanpa mengambil kira kerosakan terhadap alam sekitar dan keperluan untuk mengadakan peparitan yang sesuai, khususnya semasa membangunkan kawasan bukit dan cerun.

“Kesan daripada pembangunan itu penting kerana kerosakan alam sekitar akan mendatangkan pelbagai bencana alam,” katanya.

Kerajaan Pulau Pinang perlu mengambil iktibar daripada kejadian banjir besar yang melanda baru-baru ini memandangkan tahap bencana itu disifatkan berbeza daripada kejadian banjir sebelum ini, katanya kepada pemberita selepas beliau dan pemimpin MIC menyampaikan bantuan kepada 400 keluarga mangsa banjir di Bagan Dalam dan Perai.

Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata sepanjang bencana alam itu melanda Pulau Pinang, perkhidmatan kesihatan telah diteruskan tanpa gangguan.

Menurutnya, walaupun terdapat beberapa klinik kesihatan di Seberang Perai dimasuki air, namun pesakit sempat dipindahkan tanpa sebarang masalah.

“Kementerian ada prosedur operasi standard (SOP)semasa banjir. Selain daripada persediaan bahagian kecemasan, pasukan kesihatan akan pergi memberi bantuan di pusat pemindahan mangsa banjir,” katanya.

Beliau berkata kehadiran pegawai kesihatan di pusat pemindahan penting dalam usaha untuk mengawal penularan penyakit berjangkit dan bagi memastikan keselamatan dan kebersihan bekalan air dan makanan untuk mangsa banjir.

Sementara itu, Dr Subramaniam berkata Kementerian Kesihatan masih belum menerima laporan berkenaan wabak penyakit bawaan air susulan kejadian banjir.

“Kita minta semua penduduk di negeri (dilanda banjir) supaya meminum air yang dimasak dan makan makanan yang dimasak dengan air bersih bagi mengelak terdedah kepada wabak penyakit bawaan air,” katanya. – BERNAMA

Tags: DAPDatuk Seri Dr S.SubramaniamPresiden MIC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

27/10/2025
0

KOTA KINABALU: DAP Sabah masih belum memuktamadkan lagi sama ada parti itu akan menggunakan logo sendiri atau sebaliknya untuk bertanding...

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

13/07/2025
0

SEREMBAN - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook enggan melayan kenyataan MCA yang mendakwa DAP mengkhianati mandat pengundi Cina...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd