• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daesh Tak Perlu Pangkalan Untuk Rekrut Anggota

oleh AK-47
20/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tidak perlu pangkalan, ancaman militan Daesh masih rancak tersebar menerusi media sosial untuk menyebarkan ideologi dan merekrut rakyat negara ini, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata ancaman keganasan di negara ini masih serius walaupun Daesh kehilangan pusat pemerintahan di Raqqa, Syria, namun pengaruh Internet masih meluas, sebagai contoh penangkapan tiga anggota Daesh di Kelantan baru-baru ini.

“Walaupun konsep wilayah khalifah itu sudah tiada, tetapi Daesh kini mengeksploitasi media sosial untuk merekrut, menyebarkan ideologi dan menghasut anggota baharu supaya melancarkan serangan di negara masing-masing.

“Seperti tangkapan baru-baru ini di Kelantan, suspek tersebut tidak pernah bersemuka atau menghubungi tetapi sekadar melalui Internet, terpengaruh dengan ideologi Daesh kemudian belajar membuat bom melalui laman sesawang Daesh.

“Ideologi Daesh ini makin rancak tanpa perlu ke Syria dan tanpa perlu merekrut orang secara fizikal lagi. Kita bimbang sebab kalau gagal memperoleh risikan, sudah tentu kita tidak dapat mengesan dan menggagalkan rancangan serangan Daesh,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Dunia ke-4 (WCIT 2017) di sini hari ini.

Persidangan dua hari mulai hari ini bertemakan ‘Keamanan Global’ dianjurkan oleh Universiti Sultan Azlan Shah, dengan dihadiri peserta dari lebih 15 negara.

Dalam satu sidang media pada 17 Okt lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata polis telah menahan tiga lelaki termasuk pelajar sekolah tingkatan enam di sebuah restoran di Pasir Puteh, Kelantan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan.

Ketiga-tiga mereka ditahan pada 8.17 malam 10 Okt lepas oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman dan disyaki terlibat dalam merancang melakukan serangan di Better Beer Festival 2017, pusat hiburan dan rumah ibadat di sekitar Lembah Klang menggunakan ‘Improvised Explosive Device’ (IED) yang dihasilkan sendiri.

Mohamad Fuzi berkata semua yang ditahan dipercayai menguji IED berkenaan di sebuah kawasan lapang pada 28 Sept lepas dan siasatan mendapati bahan letupan berkenaan mempunyai kesan sehingga 30 meter.

Sehubungan itu, Ayob Khan berkata WCIT 2017 yang diadakan selama dua hari ini akan memberi pencerahan kepada masyarakat dari segi pendekatan yang perlu diambil untuk menangani isu keganasan yang semakin membimbangkan.

Selain itu, Ayob Khan berkata negara sekarang sedang berperang dengan ideologi bukannya berperang dengan fizikal dan sekiranya isu ideologi Salafi Jihadi yang dipegang Daesh gagal ditangani, dibimbangi lebih ramai akan terpengaruh.

“Memang polis boleh tangkap dan tuduh suspek di mahkamah tapi isu pokoknya adalah bagaimana kita hendak menangani penyebaran ideologi Salafi Jihadi Daesh dengan segera,” katanya.

Dalam pada itu, Ayob Khan turut menceritakan bahawa beliau pernah menerima ancaman bunuh daripada Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, 27, iaitu anggota militan Daesh yang maut dalam serangan dron di Syria pada Mei lepas.

Katanya ancaman terbaru yang diterima adalah sewaktu bulan puasa lepas sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri.

“Anggota Daesh di Indonesia yang menghasut anggota Daesh di Malaysia dan Indonesia untuk bunuh saya.

“Mengikut mereka, polis ini (Ayob Khan) yang banyak membuat tangkapan terhadap anggota-anggota Daesh di Malaysia,” katanya sambil menyifatkan ancaman Daesh adalah sebahagian daripada cabaran dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pegawai polis. – BERNAMA

Tags: Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sah Ayob Khan Dilantik Pengarah JSJN

24/12/2021
0

PETALING JAYA: Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman....

18 Pegawai Rendah Polis Johor Dibuang Kerja – Ayob Khan

12/12/2021
0

Jumlah yang dibuang ini sebenarnya kecil jika dibandingkan dengan jumlah pegawai atau anggota yang bermasalah.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd