• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuba Masuk Syria Lakukan Keganasan, 2 Dipenjara

oleh AK-47
21/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua rakan hari ini masing-masing dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana cuba memasuki Syria untuk melakukan aktiviti keganasan.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap juruteknik syarikat swasta, Mohd Ridwan Mohd Musa, 30, dan juruwang stesen minyak, Zulfadhli Jafri, 25, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan berniat pergi ke Syria bagi melakukan perbuatan keganasan melalui Bangkok, Thailand dan Turki.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 30 Okt 2016.

Azman berkata sebagai anak kedua daripada lapan adik-beradik, Mohd Ridwan mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga dan bukannya terlibat dengan perbuatan yang tidak bermanfaat.

“Jaga keluarga kamu, itu jihad paling besar. Beri duit kepada ibu bapa pun boleh masuk syurga. Tak perlu berjihad sampai ke Syria atau mana-mana negara yang bergolak untuk masuk syurga.

“Lebih baik mencari pahala dengan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak daripada pergi berjihad tanpa mengetahui ideologi sebenar kumpulan pengganas Daesh,” nasihat hakim itu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Kompleks Imigresen, Padang Besar, Perlis Indera Kayangan, pada 2.46 petang, 23 Okt 2016 mengikut Seksyen 130JA Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan hendaklah dikenakan denda.

Terdahulu, Mohd Ridwan yang diwakili peguam Mohd Hezri Shaharil merayu hukuman ringan atas alasan tertuduh masih muda, layak diberi peluang kedua dan dia juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Zulfadhli yang tidak diwakili peguam merayu hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya.

Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam dan hukuman berbentuk pengajaran kepada kedua-dua tertuduh sebagai amaran kepada orang awam supaya tidak terbabit dalam kes ini. – BERNAMA

Tags: dipenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd