• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cub Prix: Pemburuan Juara Wira Semakin Sengit

oleh Ahmad Albab
18/11/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERLUMBAAN kategori Wira semakin sengit dan penuh drama setelah pendahulu keseluruhan, Mohd Aiman Tahiruddin terkeluar dari barisan pelumba yang layak ke perlumbaan akhir setelah menduduki tempat terakhir ketika sesi kelayakan pada hari pertama pusingan akhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS akibat masalah mekanikal jentera di Dataran Bandar Penawar, Johor, hari ini.

Mohd Aiman yang hanya memerlukan tiga mata sahaja lagi untuk mengesahkan gelaran sebagai juara keseluruhan terpaksa mengharapkan pencabarnya, Mohd Syafieq Aiman (Elf Koyoko KC Racing Team) tidak memenangi perlumbaan seandainya mahu menamatkan musim 2017 selaku juara keseluruhan.

Dalam pada itu, Mohd Syafieq Aiman turut menghadapi cabaran menjelang perlumbaan akhir apabila bakal memulakan perlumbaan akhir dari petak ketiga setelah mencatat masa 59.188s pada sesi kelayakan Shootout di belakang Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) yang merakam masa terpantas 59.063s diikuti rakan sepasukan, Syarifuddin Azman kedua, 59.136s.

Syafieq akui turut terkejut dan tidak menyangka Aiman akan menghadapi masalah mekanikal dan gagal layak ke perlumbaan akhir. “Saya tidak tahu apa yang berlaku ketika sesi kelayakan. Saya terkejut dan sama sekali tidak menyangka Aiman gagal untuk mara ke perlumbaan akhir. Walaupun keadaan ketika ini memberi lebih tekanan, saya berharap dapat menggunakan peluang ini untuk mencipta kemenangan,” jelas Syafieq.

MISI KASMA BELUM SELESAI

Kasma Daniel Kasmayuddin semakin hampir untuk menamatkan musim 2017 dengan cemerlang apabila berjaya mengungguli sesi kelayakan pada hari pertama pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Dataran Bandar Penawar, Johor, hari ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu merakamkan catatan terbaik 56.178s, 0.409s lebih pantas berbanding Md Izzat Zaidi Salehan (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) yang muncul pelumba kedua terpantas dengan masa 56.587s manakala rakan sepasukan Kasma, Mohd Ramdan Mohd Rosli ketiga terpantas dengan masa 56.731s.

Meskipun telah mengesahkan kedudukan selaku juara keseluruhan CP150, pelumba berusia 17 tahun itu mahu menamatkan musim 2017 dengan satu lagi kemenangan bagi melengkapkan koleksi musim 2017 kepada enam kemenangan peribadi sebagai hadiah kepada penyokong di halaman sendiri minggu ini.

“Walaupun litar ini pertama kali berada dalam kalendar Kejuaraan Cub Prix, namun saya sangat menggemarinya. Gabungan laluan lurus panjang dan beberapa selekoh yang sempit sesuai dengan gaya ‘stop and go’ saya.

“Tambahan pula beraksi di laman sendiri, sudah tentu saya semakin bersemangat untuk menamatkan musim 2017 ini dengan satu lagi kemenangan,” jelas Kasma.

Sesi kelayakan CP115 diungguli Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) dengan masa 57.623s diikuti Tengku Amirul Haffiruddin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang), 57.743s dan Azroy Hakeem Anuar dan Md Haziq Fairues yang mencatat masa serupa, 57.932s.

KEPUTUSAN KELAYAKAN

CP150
1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 56.178s
2 Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 56.587s
3 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 56.731s
4 Md Helmi Azman (SGR) Onexox TKKR Racing Team 56.739s
5 Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 56.756s

CP115
1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 57.623s
2 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 57.743s
3 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 57.932
4 Azroy Hakeem Anuar (KUL) GiVi Honda Yuzy Racing Team 57.932s
5 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 58.166s

SHOOTOUT

WIRA
1 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 59.063s
2 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 59.136s
3 Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 59.188s
4 Md Danial Syahmi (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech 59.261s
5 Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 59.353s

– MYNEWSHUB.CC

Tags: Cub Prix
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TPM, Isteri Turut Ziarah Anwar Di HKL

Next Post

PM Lawat Pakej Kerja Kelima Projek Pan Borneo

Related Posts

Fazli Sham Berundur Dari Cub Prix

19/03/2019
0

SETELAH hampir 20 tahun, Ahmad Fazli Sham akhirnya mengundur diri dari Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS apabila namanya tidak berada...

Jenazah Mohd Hafiz Selamat Dikebumi

17/12/2018
0

IPOH - Jenazah pelumba Cub Prix, Mohd. Hafiz Nor Azman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai...

Next Post

PM Lawat Pakej Kerja Kelima Projek Pan Borneo

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd