• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei Sah Sertai Pusingan Akhir Siri Super BWF 2017

oleh AK-47
27/11/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kembali menukar fikiran dengan bersetuju beraksi pada pusingan akhir Siri Super Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), bulan depan.

Pemain keenam dunia itu yang sebelum ini, mengambil keputusan untuk menarik diri pada kejohanan bakal berlangsung dari 13 hingga 17 Dis ini, menjelaskan kejohanan berkenaan penting untuknya memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia.

“Saya kena pergi sebab ini kejohanan Siri Super terakhir musim ini dan bukan senang beraksi di Dubai kerana hanya lapan pemain terbaik dalam ranking dunia layak beraksi.

“Selepas aksi di Dubai, saya akan berehat panjang untuk meluangkan masa bersama keluarga sebelum fokus dengan kejohanan pertama pada tahun depan iaitu Seluruh England pada Mac,” kata Chong Wei.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Hong Kong, hari ini.

Dalam pada itu, Chong Wei menyerahkan kepada jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock dan Hendrawan untuk menentukan penyertaannya pada beberapa kejohanan penting tahun depan – Sukan Komanwel di Australia; Sukan Asia di Indonesia; Kejohanan Dunia di China selain pusingan akhir Piala Thomas di Thailand.

Menyentuh mengenai kejayaan menjuarai Siri Super Terbuka Hong Kong semalam, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu mengakui beliau cukup gembira kerana dapat menamatkan kemarau kejuaraan, yang kali terakhir dimenanginya pada Siri Super Premier Seluruh England, Mac lepas.

Chong Wei menewaskan seteru utamanya, Chen Long dari China 21-14 dan 21-19 pada aksi final, semalam, untuk meraih kejuaraan kelima selepas menjuarai kejohanan berkenaan sebanyak empat kali pada 2009, 2010, 2013 dan 2015.

“Saya gembira kerana dapat meraih kembali keyakinan diri setelah beberapa bulan tidak memenangi sebarang kejuaraan dan keputusan positif ini semestinya menaikkan semangat saya untuk beraksi lebih cemerlang pada kejohanan selepas ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: datuk lee chong wei
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Permohonan Khas Kad Pengenalan Di Media Sosial Palsu

Next Post

Warga Singapura Boleh Bayar Saman Trafik

Related Posts

Lee Chong Wei Terima Anugerah Ijazah Kehormat USM

02/12/2021
0

ARAU: Tokoh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menerima Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) sempena...

Chong Wei Percaya Kemampuan Harimau Malaya Muncul Juara

09/12/2018
0

PUTRAJAYA - Jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berharap skuad Harimau Malaya mampu mencipta kejayaan muncul juara Piala...

Next Post

Warga Singapura Boleh Bayar Saman Trafik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd