• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cedera Tak Patahkan Semangat Anggota Bomba

oleh AK-47
15/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT – Tiada yang akan mematahkan semangat seorang anggota bomba untuk terus memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, demikian komitmen Mohamad Azizi Rosli yang cedera selepas terkena renjatan elektrik dalam satu operasi memadam kebakaran di sebuah rumah di sini, semalam.

Mohamad Azizi, 21, berkata semasa kejadian, beliau tidak menyedari terdapat wayar elektrik yang terputus dan terjatuh di bahagian halaman rumah terbabit sebelum terpijak sehingga menyebabkan kakinya berasa kebas.

“Mula-mula saya cuma rasa kebas di kedua-dua belah kaki dan saya meneruskan lagi operasi sehingga masuk ke dalam rumah, tetapi tiba-tiba saya berasa lemah seluruh badan dan pening.

“Saya kemudiannya memberi hos air kepada kawan saya dan terus ke jentera, sampai sahaja di jentera saya rebah dan dibawa ke hospital,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menerima lawatan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar selama kira-kira 20 minit di Hospital Changkat Melintang di sini, hari ini.
​​​​​​​
Dalam pada itu, Mohamad Azizi terharu dengan lawatan Noh dan menyifatkan ia sedikit sebanyak memberi semangat untuknya terus berkhidmat dalam pasukan tersebut biarpun perlu menempuh pelbagai lagi cabaran pada masa akan datang.

“Saya memang terkejut apabila dimaklumkan Tan Sri Noh akan datang ke sini melawat saya memandangkan hospital ini berada sedikit di pedalaman. Saya tidak serik dan akan terus berjuang sebagai anggota bomba yang berjaya,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, Zaiful Affendi Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran di sebuah rumah di Kampung Teluk Dayung, Lambor Kanan kira-kira pukul 7.23 malam semalam.

Katanya ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang menguruskan hos air untuk memulakan pemadaman di rumah terbabit sebelum terpijak wayar yang berada di dalam takungan air dan rebah.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Datuk Yahaya Madis menyifatkan lawatan Noh terhadap anggota yang mengalami kecederaan ketika menjalankan operasi sebagai satu penghormatan.

“Ia sekali gus mampu memberi semangat kepada anggota yang terlibat dan seluruh anggota di Perak khususnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bomba
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Menteri Dalam Negeri Ada Kuasa Larang Import Penerbitan

Next Post

Rakyat Malaysia Selamat Di Harare Yang Dilanda Krisis

Related Posts

Kebakaran Saluran Paip Gas, 7 Mangsa Diselamatkan – Bomba

Kebakaran Saluran Paip Gas, 7 Mangsa Diselamatkan – Bomba

01/04/2025
0

SUBANG JAYA: Tujuh mangsa, termasuk dua warga Malaysia diselamatkan susulan kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas PETRONAS di Jalan Putra...

Bomba Selamatkan Budak Terperangkap Dalam Tempayan

Bomba Selamatkan Budak Terperangkap Dalam Tempayan

02/03/2025
0

SHAH ALAM: Seorang budak lelaki berdepan detik cemas apabila sebahagian badannya tersangkut dalam tempayan ketika mandi dalam kejadian di sebuah...

Next Post

Rakyat Malaysia Selamat Di Harare Yang Dilanda Krisis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd