• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukit Kayu Hitam Jadi ‘Langkawi Kedua’ Masa Depan

oleh AK-47
03/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan akan membangunkan kawasan Bukit Kayu Hitam menjadi ‘Langkawi Kedua’ pada masa depan termasuk membina Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) yang baharu di kawasan itu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pembangunan kompleks itu diyakini mampu merubah landskap ekonomi di kawasan berkenaan sekali gus memberi manfaat kepada penduduk setempat dan rakyat negeri ini.

“Ia hasil kerjasama Kerajaan Negeri dan Persekutuan menerusi beberapa perancangan dan pembangunan yang sedang rancak dijalankan termasuklah membina bandar bebas cukai yang serba lengkap di kawasan berkenaan.

Walaupun pelepasan cukainya tidaklah seperti di Langkawi, tetapi saya yakin bandar bebas cukai tersebut bakal memberikan sesuatu yang menarik kepada pelancong asing dan rakyat tempatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Transformasi Ekonomi Negara ‘Peluang Keusahawanan Wanita Komuniti Cina’ di sini hari ini.

Ahmad Bashah berkata pembangunan di Bukit Kayu Hitam itu amat dititikberatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berhasrat untuk menjadikan kawasan berkenaan sebagai hab logistik serantau.

“Beliau (Datuk Seri Najib Tun Razak) merancang akan datang lagi ke Kedah pada awal tahun depan bagi memantau sendiri pembangunan yang sedang berlaku ini selain mengambil maklum perancangan bandar bebas cukai tersebut agar ia mampu direalisasikan,” katanya.

Dalam pembentangan Bajet 2018 oleh perdana menteri pada 27 Okt lepas turut mengandungi peruntukan untuk pembangunan Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) di Bukit Kayu Hitam dengan merangkumi Zon Perindustrian Bebas.

Semalam, selepas membuat lawatan kerja dan mempengerusikan Mesyuarat Kedua Peringkat Tertinggi (HLC) mengenai Keselamatan dan Kawalan Sempadan Negara di ICQS baharu bagi fasa pertama itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Zon Bebas Cukai yang lengkap akan dibangunkan dalam projek fasa tiga kompleks itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ibu Bapa Tiada Di Rumah, Ambil Peluang Liwat Adik

Next Post

Wang Dalam Troli & Kontena, Hanya Sedutan Filem

Related Posts

PRU14: BN Kedah Hormati Keputusan Rakyat

10/05/2018
0

ALOR SETAR - Barisan Nasional (BN) Kedah menghormati keputusan rakyat negeri ini yang menolak parti itu pada Pilihan Raya Umum...

Ahmad Bashah Gagal Pertahan DUN Suka Menanti

10/05/2018
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka...

Next Post

Wang Dalam Troli & Kontena, Hanya Sedutan Filem

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd