SEBELUM ini negara pernah digemparkan dengan berita penahanan bekas pelakon suam-suam kuku, Dato’ Dr. Boy Iman berkaitan kes penipuan projek banglo mini yang melibatkan DBI Properties dan Juta Kelulut Global Resources.
Skandal berkenaan pastinya telah membuat ramai orang terkejut sekaligus membuka mata semua pihak.

Terkini, pemilik nama sebenar Noruliman A. Rahman telah memuat naik satu posting memaparkan dirinya bergambar bersama pelakon, Izreen Azminda.
“Bersama my duta produk & pengguna #poora, pencuci alat sulit wanita yang berfungsi utk membersihkan, mewangikan, membantu mengatasi masalah-masalah seperti keputihan dan lain-lain serta mengetatkan faraj.
“Memiliki sijil kelulusan produk dari kementerian kesihatan Malaysia dan testimoni-testimoni yang hebat daripada pengguna-pengguna. Produk berkualiti dari @dbihealthbeautysdnbhd @dbihealthbeauty.
“Agen diperlukan diseluruh Malaysia! Dalam sesuatu perhubungan pasti ada salah faham, terasa, merajuk, gaduh dan sebagainya. Walaupun ia berpunca daripada orang lain bukan kita sendiri tapi ia tetap boleh terjadi. Begitu juga kami, yang penting buang yang keruh ambil yang jernih.
“Tak semua orang itu sempurna, tak semua hubungan itu ok je pasti ada yang tak okay barulah lengkap sesuatu hubungan itu.. Ada sayang, ada benci, ada gembira, ada duka.. Baru bestkan..,” tulisnya.
Dalam pada itu, Izreen dilihat sempat menitipkan kata-kata manis buat sahabatnya itu di ruangan komen posting tersebut.

Menurut Izreen, dia akan tetap berkawan dengan Boy Iman sampai bila-bila selagi perkara tersebut tidak mengganggu tali persahabatan mereka.
“Apa pun yang terjadi dekat kau Boy, selagi tidak merosakkan persahabatan kita, sampai bila-bila pun kau tetap kawan aku,” komen pelakon kelahiran Perlis itu.
Hasil tinjauan kami menerusi posting tersebut mendapati Izreen adalah duta produk pencuci alat sulit wanita keluaran DBI Health & Beauty Sdn. Bhd.
Nama Boy Iman hangat diperkatakan apabila pernah ditahan oleh pihak berkuasa di Balai Polis Bukit Indah, Ampang pada 2 Oktober berhubung scandal jualan rumah yang membabitkan kerugian keseluruhan sehingga RM6.2 juta.
Namun, Mahkamah Majistret Bukit Mertajam telah menolak permohonan reman terhadap Boy Iman dan tiga lagi pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources yang lain berkenaan perkara tersebut pada 15 Oktober lalu. – MYNEWSHUB.CC/AM