• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bina Puri Sasar Kontrak Pembinaan RM1 Bilion

oleh AK-47
15/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bina Puri Holdings Bhd yakin dengan prospek jangka panjang dan menyasar memperoleh kontrak bernilai RM1 bilion dalam pembinaan dan infrastruktur dalam tempoh enam hingga sembilan bulan akan datang bagi menambah kontrak sedia adanya.

Pengarah Eksekutif kumpulan Datuk Matthew Tee Kai Woon berkata perolehan syarikat diraih terutamanya daripada segmen pembinaan, hartanah dan tenaga.

“Kontrak dalam tangan kumpulan kini berjumlah RM1.5 bilion dan kami yakin memperoleh antaranya projek-projek infrastruktur di Sabah dan Sarawak, projek Tun Razak Exchange dan banyak lagi.

“Buat masa ini, kontrak dalam tangan kumpulan sebanyak RM1.2 bilion dalam pembinaan dan RM2.8 bilion lagi bagi projek hartanah,” katanya dalam taklimat media dan analisis di sini hari ini.

Beliau berkata kontrak pembinaan dalam tangan kumpulan sentiasa kekal dalam lingkungan RM1 bilion.

“Bina Puri akan terus mendapatkan projek dalam negara di samping di luar negara yang antaranya di Indonesia dan Thailand,” kata Tee.

Beliau berkata sektor pembinaan merupakan penyumbang perolehan yang tinggi bagi tahun kewangan 2016, sumbangan bahagian pembangunan hartanah dan bekalan tenaga diunjur meningkat pada tahun kewangan 2017 dan 2018.

Mengenai projek pembinaan, Tee berkata kumpulan telah menyiapkan projek berkaitan pembinaan bernilai lebih RM18.7 bilion sejak 1975.

“Bina Puri memperoleh kira-kira RM2.3 bilion nilai projek pada tahun kewangan semasa, 69 peratus daripadanya merupakan projek berkaitan kerajaan manakala bakinya adalah projek milik swasta.

“Nilai pembangunan kasar sebanyak RM3.16 bilion daripada projek pembangunan hartanah yang sedang dilaksanakan akan mengekalkan pendapatan syarikat sehingga 2020,” katanya.

Kumpulan, kata beliau menyasar untuk melancarkan projek pembangunan hartanah bernilai kira-kira RM500 juta pada tahun depan.
Walaupun kelembapan dalam pasaran hartanah, beliau berkata syarikat tidak boleh memperlahankan aktiviti, malah berusaha menyediakan tawaran dan pakej menarik untuk menarik pembeli luar.

Tee berkata syarikat merancang untuk menambah stesen janakuasa mini-hidro dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang terutamanya di Indonesia, yang kini defisit dalam penjanaan tenaga elektrik.

Anak syarikat kumpulan di Indonesia, PT Megapower Makmur TBK, yang berjaya disenaraikan di Indonesia pada Julai 2017, akan meninjau peluang berkenaan,” kata Tee.

Beliau berkata kumpulan akan meneruskan rancangan untuk memperoleh pegangan pengawalan dalam Ideal Heights Properties Sdn Bhd, pemaju Kuantan Waterfront Resort City (KWRC) yang bernilai RM15 bilion.

“Sasaran kumpulan untuk menyelesaikan pemerolehan pada suku pertama 2018 mellaui pertukaran saham yang akan menjadikan Bina Puri Holding menguasai 51 peratus pegangan ekuiti dalam projek KWRC,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Matthew Tee Kai Woon
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cacilah, Caci Sebanyak Mana Yang Hendak Dicaci – Iqram

Next Post

Anggota Esscom Timba Pengalaman Sea Combat

Related Posts

No Content Available
Next Post

Anggota Esscom Timba Pengalaman Sea Combat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd