• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Kendong Anak Lepas Berkhatan Ke PPS

oleh AK-47
30/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Kasihnya seorang bapa. Itu yang dapat digambarkan terhadap Mohd Rusli Che Soh, 57, yang sanggup mengendong anaknya, Mohamad Akif Hakim, 9, yang baru lepas berkhatan sejauh kira-kira 500 meter ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kamil 1 di sini.

Mohd Rusli yang tinggal di Kampung Tok Sudin berkata beliau terpaksa mengendong anak sulung daripada tiga beradik itu dari rumah menuju ke jalan Pasir Puteh-Tok Bali di sini, sebelum diselamatkan oleh pasukan penyelamat pada pukul 6.30 petang Selasa lepas.

Beliau berkata anaknya itu bersunat secara beramai-ramai di Masjid Ibrahim Isnin lepas dan dibawa pulang ke rumah pada sebelah petang sebelum air mulai naik pada waktu maghrib.

“Pada keesokan hari (Selasa), paras air semakin meningkat sehingga mencecah paras peha dan saya memutuskan untuk berpindah ke PPS kerana mementingkan keselamatan keluarga.

“Oleh kerana Mohamad Akif masih belum dapat berjalan dengan baik kerana baru lepas berkhatan, saya terpaksa mengendongnya walaupun dia menjerit kesakitan,” katanya ketika ditemui pemberita di PPS berkenaan di sini, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pasir Puteh Wan Nor Hayati Wan Husain berkata pihaknya sentiasa memantau keadaan Mohamad Akif supaya beliau merasa selesa sepanjang berada di PPS berkenaan.

Wan Nor Hayati berkata sehingga pukul 11 pagi ini, seramai 254 mangsa daripada 80 keluarga masih ditempatkan di PPS SK Kamil 1 manakala jumlah keseluruhan mangsa banjir di Pasir Puteh adalah seramai 821 mangsa membabitkan 245 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS.

Beliau turut menjangkakan keadaan banjir di Pasir Puteh mulai beransur pulih hari ini memandangkan keadaan cuaca yang bertambah baik selepas hujan reda sejak malam tadi dan banjir telah surut di beberapa kampung. – BERNAMA

Tags: BerkhatanKendong Anak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Putus Kepala Zakar Dapat Pampasan RM150,000

23/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Nasib malang remaja lelaki berumur 19 tahun yang terpotong kepala alat zakar ketika berkhatan sembilan tahun lalu,...

Pegawai Terlibat Kes Saman Cuai Proses Khatan Dipanggil

01/12/2018
0

KUALA SELANGOR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan panggil kakitangan yang terlibat dalam kes tuntutan saman seorang remaja kerana alami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd